Awaanis mengekek sendiri.
'Jaga ya Rubi. Hari itu kau kenakan aku. Sekarang giliran aku pula.' Sekejap-sekejap dia menghendap di balik mesin besar yang diberi nama Trex001 itu.
Dari jauh Awaanis nampak kelibat sahabatnya, Rubi dan Sabrina. Di fikiran sudah terbayang latah Sabrina dan riak terkejut Rubi apabila dia menyergah. Mesti lucu!
Mata Awaanis sudah menangkap bayang-bayang yang tiba. Dia bersiap sedia.
Satu,
Dua,
Tiga!
“Huarghhh!”
Awaanis julingkan mata sambil menjelir lidah.
“Hahaha. Padan muka!” ejek Awaanis tanpa melihat figura di hadapannya kerana mata menjuling tadi.
Adriy sentuh dada. Terkejut disergah tiba-tiba. Garang pandangannya melihat figura genit yang menyergahnya itu. Berani gadis itu bermain pada waktu kerja!
Gulp! Mata tertancap pada figura beruniform biru muda dihadapannya. Ini bukan uniform Rubi mahupun Sabrina. Pandangan Awaanis jatuh pula ke hujung kasut milik figura itu.
Gulp! Lagi sekali liur bagai tidak mahu lalu ditekaknya. Safety boots! Mampuslah dia.. ,Awaanis sudah menggigit bibir bawah. Level-level jurutera dan pegawai-pegawai sahaja yang gunakan uniform sebegitu.
“Eham!” Suara garau itu berdeham.
Awaanis angkat muka takut-takut. Figura dihadapannya itu mengangkat kening sebelah.
Membesar mata Adriy melihat wajah itu.
This girl again? Melihat gadis itu terkebil. Adriy serius muka.
“Maafkan saya.” Tanpa pamit terus Awaanis pecut melarikan diri dari situ. Adriy yang baru mahu membuka mulut mengetap bibir. Dia lari macam itu saja?
****
Bodoh! Bodoh! Bodoh!
Kenapalah dia boleh tersalah sergah. Awaanis hantuk perlahan kepala di pintu lokar. Lelaki gila itu pula! Nanti.. bagaimana lelaki itu boleh ada di sini? lelaki itu hendap diakah? Awaanis usap lengan kiri dan kanan. Meremang!
Uniform luar ESD (Electro-Static Discharge) berwarna putih yang tersarung ditubuh dibuka dan dilipat rapi. Tombol pintu lokar diputar mengikut nombor kod yang telah diset olehnya.
Lincah tangan Awaanis memasukkan uniform yang dilipat tadi kedalam lokar. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit dan juga dompetnya dari dalam lokar langsung dimasukkan ke dalam poket seluar jean yang dipakai.
Belum pun dia pusingkan badan, Awaanis terasa belakangnya dilindungi satu bayang. Pantas bibir mendecit. Inilah yang paling dia tak suka.
Awaanis tidak sukakan bunyi bising dan suasana yang penuh dengan orang. Apatah lagi apabila beramai-ramai nanti timbullah pelbagai bau-bauan kurang enak. Sebab itu dia susah payah minta pada pihak pengurusan supaya dia dapat lokar ditempat yang tersorok.
Tapi kan, sekarang ni hidungnya menangkap bauan yang sungguh harum dan maskulin hingga... Awaanis hidu lagi. Sekejap! Maskulin? Pantas dia pusing kebelakang.
Buk! Tak semena-mena hidung comelnya berlaga dengan satu tubuh sasa. Hidung di tonyoh. Siapa ajalah yang cerdik sangat berdiri dekat-dekat begini. Awaanis angkat muka. Mahu tahu siapa yang pandai sangat berdiri di situ.
“Hello girl. kita jumpa lagi.” Adriy senyum sinis.
Tak sangka dunia ini benar-benar kecil. Gadis itu bekerja di kilang itu rupanya. Jadi, buat apakah Awaanis di restoran sebelum ini? Adakah gadis ini membuat dua kerja?
Fikiran Adriy mula keliru. Tetapi tidak mengapa. Dia punya banyak lagi masa untuk mengenali gadis itu.
Terlopong Awaanis melihat figura dihadapannya itu. Dia lagi? Awaanis telan liur. Rasa tersekat.
“Err.. hai.” Perlahan tangan Awaanis naik melambai kecil. Adriy dekatkan jarak mereka.
Jantung Awaanis langsung rasa nak pecah bila lelaki itu dekatkan jarak antara dua jasad mereka.
“Ermm.. encik? Boleh tepi sikit?” Awaanis bergerak ke tepi. Tahu tak waktu makan tengahari cuma diberi masa 45 minit?
Pap!
Tak semena-mena lengan kekar lelaki menghadang Awaanis dari terus melangkah. Bulat lagi mata Awaanis lihat kelakuan lelaki gila itu.
Tak semena-mena lengan kekar lelaki menghadang Awaanis dari terus melangkah. Bulat lagi mata Awaanis lihat kelakuan lelaki gila itu.
“So.. here you are.” Adriy masih menayang senget. Dia mahu menguji gadis itu.
Tetapi senyuman itu buat Awaanis panas hati.
“Apa encik buat ni? Tepilah! Saya nak pergi makan!” Melengking suara Awaanis memarahi lelaki itu. Berani-berani pula hendak ambil kesempatan.
Mata Awaanis meliar sekeliling. Mujur tak ada orang. Eh, sepatutnya dia berharap ada orang. Kurang-kurang ada juga saksi lelaki gila ini cuba buat gangguan seksual! Tengoklah keadaan mereka sekarang. Rapat. Sudah macam pasangan kekasih pula!
Mata Awaanis meliar sekeliling. Mujur tak ada orang. Eh, sepatutnya dia berharap ada orang. Kurang-kurang ada juga saksi lelaki gila ini cuba buat gangguan seksual! Tengoklah keadaan mereka sekarang. Rapat. Sudah macam pasangan kekasih pula!
“Anis! Kau kat mana weh? Aku tunggu kat tangga!” Suara laungan Rubi menyentak Awaanis dan juga lelaki dihadapannya itu. Serentak itu, lelaki itu jatuhkan tangannya dan berpura-pura membuka lokar. Pandai pula takut!
“Aku kat sini! sekejap!” Awaanis balas laungan itu. Di kesempatan itu, pantas kaki terus berlari anak ke tangga mencari sahabatnya yang sedang menanti di sana.
Adriy menjeling Awaanis yang berlari anak melarikan diri daripadanya itu.
This is going be fun. Dia tersenyum senget. Dia tidak tahu apa dia rasa. Tapi, gadis itu agak menarik perhatiannya
Adriy menjeling Awaanis yang berlari anak melarikan diri daripadanya itu.
This is going be fun. Dia tersenyum senget. Dia tidak tahu apa dia rasa. Tapi, gadis itu agak menarik perhatiannya
“Kau dah kenapa? Macam kena kejar hantu ni?” Rubi pandang pelik Awaanis yang kelam kelibut itu.
“Haah. Memang hantu. Hantu miang! Gila pula! Kau tu, apa hal lambat? Kau tahu tak tadi aku salah sergah orang. Aku ingat kau dengan Kak Sab sekali orang lain daa.” Awaanis adu pada Rubi. Rasa nak hempuk kepala lagi kerana salah sergah orang tadi.
“Yeke weh? Mesti lawak, kan? Siapa yang kau sergah tu?” Rubi sudah lambakkan tawa. Tulah, tak pandang lagi kiri kanan bila nak kenakan orang. Dia lainlah. Dia dah expert, kata orang putih.
“Orang tu.. Err.. Orang gila! Padan muka dia kena sergah dengan aku. Dah! Dah! Abaikan je. Mana Kak Sab ni? Tunggu dia, habis jugak lauk ikan keli berlada aku tu.” Awaanis panjangkan leher mencari kelibat Sabrina, sahabatnya yang seorang lagi.
“Si Suzy tulah, tahan Kak Sab tadi. Marah sebab tak tolong dia siapkan kerja. Ewah! Banyak cantik muka dia. Masa kita tak cukup kaki tangan taknak tolong. Kena time dia. Bukan main tahan-tahan orang. Kak Sab tu pun baik hatilah sangat pergi tolong. Geram aku!” Rubi sudah membebel panjang. Suzy memang selalu cari fasal dengan mereka. Waktu susah tahu pula cari kawan-kawan lain.
“Yeke? Tak apalah. Kita naik kantin dululah kalau macam tu.” Awaanis atur langkah menaiki tangga.
“Tapi seriuslah kau salah sergah orang tadi. Takkan kau tak kenal orang tu? Orang gila mana pulak?” Tak habis lagi rupanya pasal dia salah sergah. Awaanis garu pipi.
“Serius.. Tapi aku tak kenal dia. Memang betul kut dia orang gila. Aku rasalah. Ah! Lantak dialah!.” Ya. Lelaki tu gila sebab ajak aku kahwin tiba-tiba. Awaanis teruskan langkah. Tak mahu lagi cakap pasal itu. Harap-harap mereka tak bertembung lagi.
Dari balik dinding lokar. Adriy tersenyum senget dengan mengusap dagu.
"Orang gila yaa..’ kau tunggulah nanti. My future wife!"
No comments:
Post a Comment