Bab 3
Aryana 12 tahun...
“Alang, bangun.” Angah mengejutkan
aku dari tidur. Dia berbisik perlahan.
“Emm...apa?”
Aku menggosokkan mata. Masih lagi mengantuk.
“Bangunlah...
Dengarlah angah nak pesan ni.”
Angah
menarik tangan aku supaya bangun.
Aku
bangun dan bersila. Aku kerling pada adik bongsu aku yang berusia lapan tahun
yang sedang pulas tidur. Along tak ada. Along bersekolah asrama.
Aku pandang angah... Dia sedang mengemaskan
beg sandangnya.
“Angah
nak pergi mana ni?” Soalku dengan tanda tanya. Angah seperti hendak lari dari
rumah.
“Alang
dengar sini...ambik ni.”
Dia
menghulurkan aku sebilah pisau rambo. Entah dari mana angah mendapatkannya.
“Alang,
dengar sini cakap angah. Mulai hari ni alang kena jaga diri dan adik. Angah
kena pergi.”
Angah
pegang bahu aku. Kemudian tanganku ditarik. Dia meletakkan tanganku di dadaku
yang baru sahaja timbul sebagai anak remaja.
“Ini...
jangan bagi siapa-siapa sentuh walau ayah sekalipun.”
Ditarik
pula tanganku ke celah paha. Di aset perempuanku.
“Ini pun.
Jangan bagi siapa-siapa sentuh dan tengok. Semua tu hanya suami yang boleh
tengok. Kalau ada yang cuba pegang dan sentuh, alang lari dan jerit. Pisau ni
alang pegang. Bila orang jahat tu tak nak dengar cakap, alang acu pisau ni kat
dia. Alang kena jaga betul-betul tubuh badan alang.”
Aku
terkedu.
“Tapi...”
“Syyy...
angah kena pergi. Nanti mak dan ayah sedar. Tolong pesan pada adik benda yang
sama. Ingat ya, alang.”
Aku
mengangguk. Angah yang baru berusia 15 tahun itu menyelinap keluar secara senyap-senyap.
Aku hanya terpaku melihat dia hilang dari sebalik pintu.
Tapi
angah... ayah dah sentuh alang. Lebih dari tu ayah dah buat. Angah jangan
risau. Lepas ni alang tak kan beri ayah peluang untuk sentuh alang lagi. Alang
janji. Angah... jaga diri.
Aku mengunci
pintu dan kembali tidur. Memeluk adik. Pisau rambo yang bersarung itu aku
selitkan bawah bantal.
Semoga
esok akan ada bahagia untuk aku...
Angah...
alang rindu angah...
Air mata
kerinduan aku seka perlahan.
LOCENG pintu butik perkahwinan dan
spa tempat aku bekerja itu berbunyi. Aku yang sedang mengelap cermin terbantut
dari melakukan kerjaku.
Kak Elly,
pemilik butik tersebut muncul dari luar pintu cermin butik tersebut. Dia
tersenyum. Kak Elly memang cantik. Artis... mestilah cantik kan. Walaupun Kak
Elly seorang pelakon, dia tidak sombong. Kak Elly itu orang kampung aku. Dia
yang tawarkan kerja pada aku selepas aku tamat SPM dulu. Kak Elly jarang ke
sini sebab mengikut suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur.
“Macam
mana kampung? Okey?” Tanya dia.
“Okey.”
Sambil aku mengangkat jari. Membuat tanda ‘okey’. Aku menarik senyum. Sekadar
sahaja.
“Ada
banyak booking pakej tak? Pastikan jangan tertindih jadual. Jenuh kita
nak arrange orang nanti.”
“Faham
kak. Minggu ni ada dua pengantin. Satu ambil pakej A. Satu pakej C. Yang Pakej
A nak buat kat dewan. Yang C kat rumah.” Aku terangkan pada Kak Elly tentang
tempahan yang dibuat pelanggan.
“Okey.”
Kak Elly
memang serahkan kedai pada aku untuk aku uruskan soal tempahan. Urusan selepas
itu semuanya dia dan pembantu-pembantunya yang uruskan.
Butik Kak
Elly tidaklah sebesar butik-butik mewah yang lain. Butik tempat aku mencari
rezeki ini salah satu cawangannya saja. Gaji aku pun sekadar cukup-cukup makan
sahaja. Di sini hanya ada dua orang pekerja. Aku dan juga Kak Hasnah, tukang
jahit di situ. Itu pun kadang-kadang sahaja Kak Hasnah datang. Selalunya dia
menjahit di rumah.
Yani dan
aku memang tidak bekerja di tempat yang sama. Dia bekerja di kilang berdekatan
rumah sewa kami. Jadi, gelaran kembar mungkin sudah tidak relevan lagi untuk
kami.
“Akak ada gaun baru ni. Yana tolong pakai.
Akak nak Yana jadi model la.”
“Ha! Yana jadi model?” Membulat mataku mendengar
permintaan Kak Elly itu. Biar betul Kak Elly ni.
“Ya.
Boleh kan? Model akak tak dapat datang. Gaun tu akak nak bawak balik KL dah
esok. Tunggu sekejap. Akak pergi ambil di kereta.” Dia berlalu pergi.
Aku masih
lagi terkedu. Aku? Aku jadi model? Gila apa Kak Elly ni? Liur kutelan kesat.
Aku
membantu Kak Elly yang terkial-kial membawa masuk gaun pengantin kembang itu.
Cantik!
“Akak...
Kenapa Yana? Kak Elly lah jadi model. Akak kan cantik. Yana tak cantik.” Aku
menolak. Liur kutelan perlahan. Kadang-kadang Kak Elly ni boleh tahan bossynya.
Dah namanya pun majikan.
“Ish.
Akak dah tua. Dah gemuk. Siapa cakap Yana tak cantik. Yana comel macam Rainie
Yang tau.”
Serta
merta pipiku membahang. Bukan Kak Elly seorang yang pernah berkata begitu.
Ramai yang membandingkan aku dengan artis tersohor dari Taiwan itu. Mungkin
sebab tahi lalat aku yang sama dengan Rainie kut. Entahlah. Aku rasa aku ni
biasa-biasa sahaja.
“Meh
sini. Akak mekapkan.” Kak Elly menarik aku supaya duduk di kerusi berhadapan
meja solek. Kotak yang berisi alat solekan dia letak di tepi. Kemudian dia mula
menconteng wajahku.
Alahai
Yana. Pasrah jela kau...
Selesai
menyolek wajahku dia menyuruh aku ke bilik persalinan. Menyalin pakaian.
Mengenakan gaun tadi.
Aku
memandang wajahku di cermin. Gaun kembang yang tersarung di badanku aku teliti.
Cukup-cukup muat di badan.
Leher dan
bahuku terdedah. Termasuk jua separuh bahagian belakang tubuhku. Malu pula aku
berpakaian seperti itu. Aku mengaku. Aku ni tidak bertudung. Malah ilmu agamaku
hanya sekadar tahu sahaja. Itupun dari apa yang aku pelajari di sekolah. Emak
dan ayah memang tidak menitik beratkan soal agama dalam pendidikan kami adik
beradik.
“Yana ni cantik... tapi sayang... muka selalu
muram.”
Kak Elly
tiba-tiba muncul dan berdiri di birai fitting room. Aku senyum hambar
padanya.
Cantik
pun kalau kotor nak buat apa kak, desis hatiku.
“Tunggu
kejap tau. Nanti cameraman sampai. Kita ambil gambar kat studio. Hai...
kalau ada model lelaki kan best.” Usai itu, Kak Elly menghilang ke
hadapan pula.
Sedang
aku menunggu. Handphoneku berbunyi tanda pesanan WhatsApp masuk. Handphone
itu aku capai. Lantas aku slidekan. Terpampang satu pesanan masuk di
skrin.
+Hai... Ni
Aryana ke?
-Ya. Siapa
ni?
+Ni saya.
Hakim. Aryana sibuk?
-Err...
sibuk juga. Tengah kerja.
+Oh...
Oklah. Sorry mengganggu. Bye. :)
Mataku
terkelip-kelip memandang tepat ke skrin telefon pintarku itu. Bagaikan tidak
percaya Hakim menghubungi aku. Pasti emak yang memberi nombor telefonku
kepadanya.
Baru
sahaja aku ingin membalas, bunyi bising orang bercakap di luar mematikan
hasratku. Aku melangkah ke tepi birai fitting room itu. Langsir kuselak
sedikit, mengintai untuk melihat apa yang berlaku.
Kelihatan
satu pasangan memasuki ke butik kami. Kak Elly berjabat tangan dengan mereka.
“Elly
Jazlin kan? Artis drama yang top dulu kan? Wahh...cantiknya you bila
jumpa di luar ni,” puji wanita cantik dan anggun yang baru memasuki ke butik
tadi. Pasangannya hanya tersenyum tipis.
Kak Elly
tersenyum.
“Mana
ada, biasa saja cik. Silalah. Cik boleh survey pakaian pengantin yang
menepati kehendak cik. Dan Kami juga menawarkan pakej perkahwinan yang
berpatutan.”
Kak Elly
beramah dan mempromosi servis kami. Selalu aku yang melakukan tugas itu.
Tetapi... Oleh kerana hari ini aku terpaksa menjadi model bidan terjun.
Terpaksalah Kak Elly yang melayani pelanggan.
“Okey.
Kami nak survey baju pengantin dulu. Kan sayang?” Wanita itu memaut
lengan pasangannya. Jelas wajah tidak rela si jejaka.
Kak Elly
memandang atas bawah jejaka bertubuh lampai itu. Amboii... Kak Elly ni...
pandang anak teruna orang. Aku tergelak kecil seorang diri melihat gelagat Kak
Elly. Habis ditenung, dia mengelilingi pula pemuda itu.
“You ni
model ke?” Soal Kak Elly pada jejaka kacak itu.
Terjongket kening lelaki itu akibat soalan kak
Elly.
No comments:
Post a Comment