Bab 4
Aryana 14 tahun...
“Ayah... jangan buat alang macam ni.” Buat
kesekian kalinya aku merayu lagi.
Sejak
kali terakhir ayah menyentuhku. Aku telah bersiap sedia. Pisau rambo yang angah
beri aku bawa ke hulur ke hilir.
Hari ini,
emak ke jemputan kenduri kahwin bersama adik. Aku pula senggugut. Jadi, aku
malas hendak ke sana. Amri pula seperti biasa, tidak pernah lekat di rumah. Aku
fikir ayah bersama emak. Rupanya sangkaanku meleset.
Aku yang
sedang mandi tersentak apabila pintu bilik air dikuak dari luar. Memang pintu
bilik air di rumah buruk kami ni rosak. Sudah berkali-kali aku pesan pada emak
supaya baiki. Tetapi alasan emak tentu saja tiada wang hendak membaikinya.
Ayah memandang tajam dengan senyuman sinis.
Terlupa pula aku untuk membawa pisau ramboku bersama. Ayah sedar tentang itu
bila melihat aku tergapai-gapai mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.
Sepantas
kilat badanku sudah berada di dalam dakapannya.
“Hang tak
payah merayu. Hang berlagak kan... dok bawak pisau ke hulu ke hilir. Aku rindu
hang,” bisik ayah dengan suara yang bernafsu.
Dia
membelai leherku sambil sebelah tangan lagi mengepit kedua belah tanganku dari
belakang. Kain basahanku direntap olehnya.
Aku
terkaku. Bila ayah mula menjalankan tangannya, merayap di seluruh tubuhku.
Bibir kukemam kejap. Jijik bila diperlakukan begitu.
Ayah
tersenyum sinis. Terasa kemenangan di pihaknya.
“Kenapa
ayah pilih alang? Apa salah alang, ayah...”
Dia
memalingkan tubuhku menghadapnya. Lalu aku teringat akan pesanan angah.
‘Jangan
bagi sesiapa pun sentuh. Walau ayah sekalipun. Jaga badan alang elok-elok’.
Terus aku
meraung hingga terduduk. Kenapa aku biarkan ayah memperlakukan aku sesuka
hatinya?
“Hei
diamlah! Bodoh!” Ayah mula berang melihat aku menangis.
“Aku pilih hang sebab hang ni cantik macam mak
hang dulu. Tapi dia la ni hodoh. Gemuk. Aku mintak selalu tak dapat. Asyik
penat! Penat! Penat! Sekarang anak dia la kena layan aku.”
Dia
mencengkam daguku kuat. Ayah kejam! Emak gemuk begitu kerana beranak saban
tahun. Emak penat kerana terpaksa bekerja keras mencari rezeki. Namakan apa
saja kerja emak tidak pernah buat untuk menyara keluarga. Dari sebelum subuh
hingga ke tengah malam emak gigih mencari duit. Ayah hanya tahu minta sahaja.
Kerjanya pemalas. Makan, tidur, melepak. Melahap anak sendiri. Itu sahaja
kerjanya. Puihh!
“Ayah
kejam!” Jeritku kuat. Aku tak peduli lagi. Biar emak tahu. Biar semua orang
tahu.
“Hang jangan bagi aku marah!”
Dia menampar wajahku hingga kepalaku terhantuk
di kolah air.
Pandanganku
mula berbalam-balam. Kepala berpinar-pinar. Ayah menolak aku hingga aku
terbaring. Dia memagut bibirku kasar. Aku cuba meligas melepaskan diri. Namun
kedua-kedua lenganku terkunci di lantai sejuk bilik air itu oleh tangannya.
Air mataku
mengalir laju. Angah... tolong alang! Alang tak mampu jaga diri alang.
“Ayah...
jangan... alang tak boleh.” Aku merayu lagi. Aku tahu tiada gunanya aku
menjerit.
Muka ayah
sudah ke bahagian bawahku sebelum dia tersentak.
“Kenapa
hang tak bagi tahu hang datang bulan?” Rengusnya kasar.
Serentak
itu dia melepaskan pegangannya. Aku bangun lalu mencapai tuala. Membalut
tubuhku yang ditelanjangkan olehnya tadi.
“Ayah tak
ada hak untuk sentuh Yana lagi. Yana tak akan benarkan.”
Entah
mana datangnya kekuatan aku pun aku tidak pasti. Cuma aku nekad, aku tidak akan
mengalah. Biar aku dihunus sehingga mati pun aku tidak peduli lagi.
“Hang!”
Ayah mengangkat tangan.
“Pukullah.
Yana akan adu pada mak, pada cikgu, pada ketua kampung. Ayah nak bunuh Yana?
Bunuhlah! Ayah akan masuk penjara sebab bunuh Yana.”
Kata
ganti nama sudah bertukar.
Ayah
tergamam. Ayunan tangannya terhenti di udara.
Aku
terdengar suara adik bercakap-cakap dengan emak dari luar rumah.
Ayah
meluru keluar.
Aku
terduduk. Menghela nafas lega...
Semoga ayah
tidak akan berani menyentuhku lagi…
AKU memandang cermin besar di
hadapanku. Aku akui cantik sentuhan tangan Kak Elly. Betullah kata orang, the
power of make up. Berubah habis wajah aku. Ditambah dengan rambutku
disanggul tinggi. Agaknya bagaimanalah aku berkahwin nanti. Sebut fasal kahwin,
aku dipagut resah. Lelaki seperti Hakim, dapatkah dia menerima aku yang kotor
sebagai surinya?
Hatiku
berat ingin menolak apabila mengenangkan tentang diriku yang jijik ini. Namun,
separuh lagi hatiku begitu suka dengan lamaran itu. Siapa yang tidak suka
dilamar oleh lelaki yang dipuja dari zaman sekolah lagi. Aku semakin keliru.
“Bolehlah
tolong I... Jadi model lelaki I. You sesuai betul jadi model. Mana tau nanti
ada agensi nak ambil you jadi model. Ataupun producer nak ambil you jadi
actor. You tak suka? Nanti glamor you...”
Aku
terdengar Kak Elly memujuk pelanggan kacak yang datang tadi. Kak Elly ni...
biar betul. Sudah cukuplah aku yang jadi model bidan terjun. Ni diajak pula
entah siapa turut serta. Haih!
Aku mengintai
lagi.
“What?
No! Ni semua you punya fasal. Tak fasal-fasal I terkait dengan benda
mengarut ni. I dah cakap I tak sedia dengan semua ni. I tak pernah cakap nak
kahwin dengan you pun. Dahlah. I nak balik. Sorry cik, saya tak
berminat.”
Tegang
sahaja suaranya. Kakinya mula melangkah membawa ke pintu. Ketika itu, Abang
Saleh, jurukamera tetap butik muncul di muka pintu. Langkah lelaki itu
terhenti.
“Eh,
Saleh. Kau buat apa kat sini?”
Lelaki
itu menegur Abang Saleh. Abang Saleh terkejut. Tak lama kemudian. Mereka saling
berpelukan.
“Lama
siot tak jumpa kau. Aku cameraman kat sini. Tu, aku kerja dengan kakak
sepupu aku, Elly Jazlin. Kau tak kenal dia?” Abang Saleh menunjuk ke arah Kak
Elly yang tersengih-sengih.
“Leh,
mari sini kejap.” Kak Elly berbisik sesuatu di telinga Abang Saleh. Abang Saleh
mengerutkan dahi sambil memandang ke arah lelaki kacak itu.
Dia menapak kembali ke arah lelaki tadi.
Mereka berborak seketika.
Perempuan yang bersama dengannya tadi sudah
cemberut wajahnya sambil berpeluk tubuh.
“Yana.
Keluarlah... Saleh dah sampai ni,” panggil Kak Elly.
Aku
dengan berhati-hati keluar dari bilik persalinan.
Lelaki
kacak itu tergamam. Abang Saleh ternganga. Kak Elly tersenyum teruja. Manakala
perempuan tidak kukenali itu melopong.
Aku
menunduk segan bila semua mata memandang ke arah aku. Aku memintal-mintal
jemariku yang tersarung dengan sarung tangan satin putih itu. Menunduk
memandang karpet. Pipiku terasa membahang. Hish... macam kena kahwin pulak.
“Ehem.
Aku... aku setuju jadi model,” ujar lelaki kacak itu kepada Abang Saleh.
Memecah kesunyian dan serta-merta melebar senyuman Kak Elly.
Aku
memanggung kepala. Terkejut dengan persetujuan lelaki itu. Maknanya aku
terpaksa bergambar dengannya? Peluh dingin mula membasahi dahiku.
Renungan
lelaki itu menyabung tajam ke mataku. Serta-merta dadaku berdegup kencang.
Apakah rasa ini? Aku memegang dada. Mengusir debar akibat panahan mata itu.
“You
terima? Jadi you kena bergambar dengan dia? No, I tak setuju. Dah, jom
kita balik.”
Pasangannya
menuding jari ke arahku. Kemudian langsung menarik lengan lelaki itu. Namun
lelaki itu tetap tidak berganjak.
“You
balik hotel dulu. Nanti dah sudah, I balik,” arah lelaki itu pada pasangannya.
Perempuan
itu merengus. Langsung dibawa langkah keluar dari butik. Bergegar lantai akibat
bunyi hentakan tumit tingginya.
“So,
apa patut I buat?” Tanya lelaki itu pada Kak Elly. Kak Elly menarik lengannya
ke tempat pakaian lelaki disediakan.
Manakala
aku diajak ke bilik studio oleh Abang Saleh. Susah payah aku menyeret gaun
kembang itu ke studio.
Nanti aku
kahwin. Aku nak pakai simple je. Tak nak gaun kembang. Cantik tetapi
merimaskan!
No comments:
Post a Comment