Tuesday 6 March 2018

Akulah ARYANA - Bab 9








BAB 9





“Kim, aku dah arrange bachelor party untuk kau ni. Kau jangan tak datang pulak. Esok kan kau nak nikah dah. Aku order baik punya. Lima orang, cukup?” suara Danial di sebelah sana menyapa sebaik panggilan diangkat.
“Cantikkk. Cenggini la kawan. Aku mesti datang punya. Tempat biasa kan? Okey bro, nak workout sekejap. Nak ambil stamina. Hahaha.” Tak lama kemudian, panggilan dimatikan.
Besi pemberat diangkat. Dia memang lelaki yang menjaga tubuh badannya. Tegap dan sasa. Barulah nanti perempuan terpikat dengan kejantanannya.
Malam itu Cuvee Club...
Yoo! Bro, mana barang? Aku nak high class punya.” Dia menghulurkan buku lima. Disambut juga dengan perbuatan sama. Buku lima bertemu buku lima. Chill!
”Kau punya fasal, no hal punya. Lai... lai... aku tunjuk.”
Nahh... terpamer lima figura gadis seksi di hadapannya yang sedang tersenyum menggoda. Serta-merta nafsu jantannya membuak-buak mohon dilepaskan. Sabar... sabar.
Seorang demi seorang teman-temannya tiba di situ. Pesanan minuman keras dan makanan ringan pun terhidang. Dia terasa bagaikan di syurga apabila diapit bidadari-bidadari cantik.
Kepalanya berpusing-pusing mengikut rentak muzik. Kesan air kencing syaitan sudah menular ke dalam tubuhnya. Malam ini dia yang punya. Wuhuuu!!!

SCOTCH...on the rocks,” pesanan diberi kepada bartender atau pelayan bar.
Dia memandang sekeliling melihat manusia terkinja-kinja bagai beruk. Ah.. kenapa dia terasa sepi dalam hingar bingit ini? Matanya jatuh pada sekumpulan pemuda bersama perempuan-perempuan yang sanggup menjual diri kerana wang.
Mereka begitu asyik dengan dunia mereka. Ada yang pengsan. Bercumbuan malah ada yang make love terang-terangan. Hurm, apalah yang dihairankan. Dunia semakin sampai ke penghujungnya.
Minuman yang dipesan terhidang. Dia meneguk perlahan. Ahh.. sepi. Bayang wajah gadis dengan mata yang penuh misteri dan kesedihan itu masih lagi terlayar di matanya. Gila. Sudah dua bulan. Bayangan itu masih lagi mengejarnya. Akhirnya dia nekad kembali ke sini mencari pemilik mata sedih itu. Sayangnya, khabar yang diterima meluluhkan hatinya. Gadis itu bakal berkahwin. Malang betul nasibnya. Selalu kecewa dalam cinta.
“Hai handsome, alone? Lets me play with you.” Satu kenyitan mata diberi. Bibir bawah digigit menggoda. Rambut beralun itu di sebaknya ke belakang.
Not interested,” dia menggeleng. Perlahan dia menepis sentuhan wanita penggoda itu.
“Berlagak. Ingat kacak sangat? Entah-entah gay,” cemuh wanita itu lalu menghentak kaki dan berlalu pergi menyelit di celahan manusia-manusia yang sedang seronok menari.
 Dia menggeleng kepala. Kalau dulu pantang digoda, cepat sahaja dia menyambut. Entah kenapa kini perkara-perkara seperti itu meloyakannya.
Bro, sorrylah lambat. Aku ada hal tadi.” Sahabatnya muncul tiba-tiba.
It’s okay. Tak lambat sangat pun.” Dia tersenyum nipis ke arah sahabatnya.
So, macam mana? Dah jumpa awek model kau tu?” Soal sahabatnya yang bernama Adeeb.
“Tak. Aku dapat tahu dia dah berhenti kerja. Nak kahwin.” Dia menggeleng kemudian ketawa kecil. Huh! Bodoh kan? Kenapa dia lambat bertindak? Kerana sikapnya yang teragak-agak itulah seringkali bunga terlepas dari tangan.
Seriously? Bila dia nak nikah? Sempat lagi tak kau nak sailang?”
Bagaikan tidak percaya pula Adeeb mendengarnya. Sempat agaknya nak sailang. Zaman sekarang orang tidak peduli hak milik orang sekalipun kan?
Dia menjegilkan mata. Melampau betul cadangan sahabatnya itu. “Kau gila! Kau nak aku bawak lari dia, dia entah ingat aku atau tak agaknya. Silap-silap aku masuk dalam sebab bawak lari anak dara orang. Tapi...dia nikah esok la bro. Agak-agak la kalau ya pun.”
Apa boleh buat reda sajalah nasib selalu gagal bercinta. Bercinta ke? Mula pun belum. Dia yang rawan sendiri. Kafarah agaknya semua itu kerana selalu mempermainkan wanita satu tika dulu.
“Hurm.. bertabah je la. Aku yakin akan ada nanti bidadari kau. Cepat atau lambat je dia nak muncul.” Adeeb menepuk perlahan bahu sahabatnya itu. Memujuk. Kasihan betul.
Dia tersenyum nipis.
“Aku  okeylah... nak buat macam mana kan, tak ada jodoh. Aku pasrah.” Ya dia pasrah. Biar saja Tuhan yang membawa jodohnya. Dia malas memikir lagi.
“So, kau ke mana malam ni. Nak aku cari awek sorang buat peneman malam ni?” Lurus Adeeb bertanya.
“Tak payah. Aku nak rehat je kat hotel. Esok aku nak kena drive ke Lumut. Lusa nak kena jumpa klien kat Marina Resort. Lagipun aku dah tak ada hati dengan semua tu.”
Nampaknya di sini sahaja penghujung kisah dia bersama gadis bermata sedih itu.
‘Semoga berbahagia Aryana’, bisik hati seorang Aydan Lim.

AKU memandang jari-jemariku yang sedang dihiasi inai oleh Mak Esah. Esok, aku akan dinikahkan bersama lelaki pujaan aku. Lelaki yang melayan aku dengan hormat. Tidak pernah sekalipun Hakim mengambil kesempatan kepadaku. Jauh sekali dari perangai yang digembar-gemburkan oleh orang sekelilingku...
            Apapun perangai Hakim yang dulu aku tidak layak menilainya. Siapa tahu dia sudah berubah. Dan akan berubah menjadi lebih baik. Aku percaya pada Hakim. Dia bukanlah seteruk yang orang fikirkan.
Selesai Mak Esah menginaikanku, aku meminta diri untuk ke bilik, berkumpul dengan adik-beradikku. Malam sudah pun menginjak ke tengah malam.
“Ala... janganlah tidur dulu. Sembanglah dengan alang,” rengekku apabila melihat kakak-kakakku dan juga adik sudah ingin beradu.
Aku duduk di sebelah adik di katil. Manakala along dan angah tidur di toto yang dibentangkan di lantai bilik. Angah akhirnya balik jua untuk meraikan aku yang bakal bergelar isteri orang keesokannya harinya.
“Ya la... Ya la! Orang nak tidur pun bising.” Angah bangun duduk memandang ke arahku dengan mata kuyu.
“Bisinglah korang ni! Along baru nak lelap,” marah Along. Tetapi dia turut bangun ingin serta. Adik yang sedang bermain dengan telefon pintar milik along menoleh. Mengengsot duduk bersila di sebelahku.
“Macam tak percaya kan, alang nak kahwin dah. Tak dapatlah adik nak manja-manja macam ni. Entah-entah tak dapat dah nak manja lagi.”
Adik memeluk aku dari sisi. Aku dengan berhati-hati mengawasi inai di jariku.
“Alang... alam rumah tangga ni lain. Alang lepas ni kena banyak bersabar. Perkahwinan bukan pengakhiran sebuah perhubungan. Tetapi permulaan. 1001 dugaan akan hadir. Angah nak alang kuat walau apapun dugaan yang datang. Angah tak boleh selalu ada dengan alang. Mungkin lepas ni angah tak boleh lagi jaga alang.”
Angah menasihatiku... terasa sayu hatiku dengan nasihat angah.
Aku hanya mengangguk tanda memahami. Mataku mula berkaca-kaca.
“Betul tu alang. Lepas ni alang kena jaga diri baik-baik. Apa-apa masalah hadapi dengan tabah. Alang kena kuat.”
Along pula mengingatkan aku. Entah kenapa aku terasa syahdu dengan kata-kata mereka. Bukannya aku pergi menempah derita. Aku nak kahwin kan...
Angah, along dan adik pakat-pakat memeluk aku. Terbaring aku dibuatnya. Susah payah aku mengelak supaya inai di jariku tidak tertanggal.
“Alang!!! Habis pipi adik kena inai. Merah dah. Macam kena toreh dengan pisau,” marah adik sambil mengesat kesan inai di pipinya.
Aku ketawa melihat pipinya yang berjalur merah akibat terkena inai. Along dan angah turut tergelak. Kami bergurau senda sepanjang malam.
Ya Allah.. terima kasih atas semua ini.
“Alang... semoga berbahagia,” bisik mereka bertiga sebelum kami mula beradu.
Ya. Semoga berbahagia Aryana.




No comments:

Post a Comment

Top Commentators