Bab 7
Suasana di Cuvee Penang yang membingitkan
itu sedikit pun tidak dihiraukan oleh dua jejaka di meja bar itu. Mereka turut
rancak bergoyang mengikut rentak muzik sambil meneguk air kencing syaitan itu.
”Bro,
kau serius ke dengan awek pilihan atuk kau tu. She’s look innocent je. Decent
girl. Kesianlah dapat kau ni.”
Danial
meneguk segelas besar beer ibarat meneguk Milo ais sahaja.
“Serius
la kut. Not bad la pilihan atuk aku tu. Comel, cantik, sesuailah dibuat
bini kan...” Dia memerhati kan umat-umat akhir zaman sedang terkinja-kinja
menikmati muzik yang dimainkan DJ itu. Tubuhnya turut digoyangkan di atas stool.
“Habis tu
Mona tu kau nak campak mana?” Tanya Danial. Mona atau nama sebenarnya Maimunah
itu sering kali mengekori sahabatnya itu. Malam ini pula tidak nampak bayang.
Datang bulan agaknya.
“Mona? Come
on la. Takkan aku nak kutip dia buat bini. Buruk-buruk perangai aku pun
mestilah aku nak awek stok-stok baik ala muslimah. Aryana tu memang la tak
bertudung, tapi nampak macam budak baik la.”
Hish, tak
kuasa dia nak ambil Mona atau perempuan-perempuan yang pernah dia usung ke
katil selama ni menjadi isterinya. Entah berapa ramai jantan keparat yang
menyentuh mereka. Lantas untuk apa dia mengambil mereka sebagai isteri
sedangkan maruah diri pun tidak terjaga.
“Eleh...nak
stok baik konon. Lepas kahwin kena ikat la kau... layan bini.” Danial mencebik.
Menyampah. Diri sendiri ibarat syaitan. Tapi bab memilih isteri mahu yang suci
murni sahaja. Kalau tidak difikirkan sahabat dan juga partner in crime,
mungkin Hakim ini disembur oleh dia habis-habisan.
“Hell
no! Marriage can’t tie me downlah. Ini Hakimlah. Cucu Tuk Awang. Takkan
tunduk pada perempuan.” Dia mendabik dada. Perempuan yang mencari dia. Bukan
dia yang mencari perempuan.
Kecuali
Aryana. Aryana tiket untuk dia mengaut harta datuknya. Syarat yang datuknya
kenakan kalau ingin mewarisi harta orang tua itu adalah mengahwini Aryana. Dan
bonus baginya, pilihan datuknya itu menepati cita rasanya. Cantik.
“Tuk
Awang kaki masjid. Cucu Tuk Awang kaki kelab,” ejek Danial. Dia mengekek
ketawa.
Klepek!
Satu sekehan hinggap di dahinya.
“Kau
ingat kau suci murni sangat ke?” Marah Hakim. Danial menggosok dahinya yang
mendapat habuan tadi.
“Baru
sebut tadi. Tu muncul dah Munah kau.” Danial menjuih mulut ke arah satu figura
yang dibaluti dress singkat yang sedang menghampiri mereka.
“Sayangg...
keluar tak ajak I pun.” Perempuan bernama Mona itu memaut lengannya. Jarinya
membuat pusingan di paha lelaki itu.
“Hurm...
tak ajak pun. You datang juga kan,” dia menjawab acuh tak acuh. Hanya
membiarkan Mona menggesel bagaikan kucing Parsi. Dia asyik menepuk paha
mengikut rentak muzik.
“You
ni... I rindu you lah...” Mona berbisik di telinganya. Wanita itu menggigit
kecil telinga Hakim manakala tangannya asyik mengusap paha yang berlapik seluar
itu.
“So, you want me, huh?” Bisik Hakim
kembali. Wajahnya sudah dipaling kepada wanita itu. Tanpa menunggu dia memagut
keras bibir wanita bernama Mona itu. Tangannya mula menjalar ke belakang tubuh
wanita itu.
Langsung tidak dipeduli mereka berada di mana.
Pedulikan! Bukan mereka sahaja yang berkelakuan begitu. Malah lebih dari itu
pun ada.
“Jom. My
place,” ajak Mona. Kolar baju Hakim ditarik. Bibir bawah digigit menggoda.
Hakim
hanya menurut. Yang pasti nafsunya perlu dilayan malam ini.
“Bro, aku gerak dulu.”
Danial
hanya menggeleng. Hakim tetap Hakim. Saban malam tak pernah puas dengan
perempuan.
AKU tersenyum sendiri. Membelek
cincin di jari. Akhirnya aku kini rasmi menjadi tunangan Hakim.
“Cantik
anak mak ni. Patut Hakim tak sanggup lepas,” emak memuji.
Jarang
emak memuji aku. Malah kadang-kadang aku rasa macam aku tidak pernah wujud
dalam hidup emak. Sakit demam aku, malah keputusan peperiksaan aku dulu pun
emak tidak pernah ambil peduli. Habis SPM, emak menggesa aku mencari pekerjaan.
Sedangkan keputusan aku melayakkan aku ke mana-mana universiti. Dalam keluarga
kami, hanya along yang belajar di universiti. Itu pun setakat diploma. Selepas
itu along juga digesa mencari pekerjaan.
Hanya
sebab aku dapat menambat cucu Tuk Awang, barulah emak nampak kewujudan aku.
Aku
melemparkan senyuman tipis kepada emak.
Emak
berlalu pergi melayan tetamu.
Hakim
kulihat sedang bersembang dengan ayah. Jangan ayah buat yang tidak-tidak,
sudah. Aku lihat ayah semakin berubah. Semakin kerap ke masjid. Tetapi perangai
malas bekerja itu tetap jua begitu...
Hakim
mengenyitkan mata padaku saat mata kami bertembung. Membahang mukaku. Malu
sungguh. Tak agak-agak betul tunangku itu.
“Alang,
angah call.”
Adik
tiba-tiba muncul dengan handphoneku. Aku meminta diri kepada tetamu emak
yang hadir dan berlalu ke bilik.
“Assalamualaikum
angah. Kenapa tak balik? Sampai hati...” Rengekku sebaik panggilannya kusambut.
“Waalaikumussalam.
Angah sibuk kerjalah. Macam mana majlis?” Tanya Angah dengan nada biasa-biasa.
Aku tahu angah tipu. Aku tahu angah masih kecil hati dengan emak dan ayah.
Pernah angah balik, tetapi dihalau ayah. Kononnya angah ni anak tak sedar diri
sebab angah pulang dengan berperwatakan lelaki. Aku sendiri tak menyangka angah
berubah sedrastik itu. Cuma, aku harap angah tidaklah tersasar jauh.
“Yalah
tu... Majlis alhamdulillah, lancar,” ceria suaraku memberitahu. Siapa yang
tidak ceria di hari bahagia seperti ini.
“Alang,
dah fikir masak-masak nak kahwin dengan Hakim?” Tanya Angah dengan nada serius.
Terus jantungku
berdetak laju. Aku terlalu bahagia hingga aku hampir terlupa yang aku ni
sepertinya tidak layak untuk Hakim.
Tetapi
aku ada terdengar di radio ceramah seorang ustaz. Katanya, aib jangan dibuka.
Dengan cara Hakim layani aku, aku percaya dia boleh menerima aku seadanya.
No comments:
Post a Comment