Wednesday 9 December 2020

MELATI, BUNGA TIDAK MEWANGI - BLURB

 BLURB : MELATI, BUNGA TIDAK MEWANGI 

Hidup Melati tidak seindah namanya. Hadirnya dia ke dunia angkara malapetaka yang menimpa si ibu.Lahir sebagai anak tidak berbapa dan tidak diingini, laluan yang ditempuhinya penuh berliku.

Satu ketika, sejarah hitam buat Melati tekad bangkit dengan dendam. Dendam pada seseorang telah memusnahkan hidup ibunya dan juga dia.

Fauziah Hanum tak akan terlepas. Lalu, Melati mula merancang agenda untuk memusnahkan wanita itu.

"Melati... I tahu you buat-buat tak kenal I." -Nazeem

Bagi Nazeem, Hatinya telah terpaut lama pada Melati. Apabila dia jumpa Melati semula. Dia tak mahu berlengah lagi. Walaupun apapun yang pernah terjadi. Dia tetap mahukan Melati.

"Of course I kenal you Tan Sri. Siapalah yang tak kenal Tan Sri Nazeem Ahmad. Peneraju Nazeem Holding yang tersohor. “ - Melati

Yang Nazeem tidak tahu. Kemunculan semula Melati hanyalah untuk memusnahkan keluarganya.

“Will you marry me my dear? Be my wife, stay with me forever?” - Nazeem

Sampai masa semua mula terbongkar.

"Kau tipu aku. Kenapa Melati? Kenapa kau mainkan hati aku, perasaan aku demi dendam kau pada anak isteri aku? Aku terlalu cintakan kau... Kenapa Melati... " - Nazeem

Hati Nazeem pecah berkecai. Jiwa Melati luruh  berderai. Masihkah ada cinta di hati Nazeem setelah mengetahui dia cuma alat untuk membalas dendam?

Antara cinta dan dendam..
Antara bahagia dan derita..
Di dalamnya ada rahsia penuh luka.





No comments:

Post a Comment

Top Commentators