Bab 5
“Yana, posing la sikit. Aduii...
janganlah tegak macam patung cendana,” arah Abang Saleh.
“Mana
Yana tau.” Hish. Mana aku tahu nak bergaya ala model ni. Pinggang pun keras.
“Buat
macam dalam majalah tu...” Arah Abang Saleh lagi. Eii... menyampah. Cerewet
macam kakak sepupu dia juga!
“Hurm...
Yana cuba.” Aku melentokkan badan di kerusi Cleopatra yang disediakan untuk
sesi fotografi hari ini.
Terasa
kekok sekali aku menggayakan gaun pengantin itu.
“Gaya dah
okey. Muka pulak. Senyum sikit, Yana. Senyum.”
Ya
ampun... sabar sajalah. Banyak songeh betullah Abang Saleh ni.
Aku
menarik senyum pura-pura. Abang Saleh mula menjalankan tugasnya. Satu-satu
kelipan dari lensa kameranya diajukan padaku.
Aku
semakin selesa menggayakan gaun itu. Lepas satu, satu gaya lain kuberikan.
Bagaikan model profesional pula.
“Bagus
Yana. Macam tulah. Haa... buat macam ni pulak.”
Abang Saleh
menunjukkan gaya. Aku menurutinya. Kelakar pula aku lihat Abang Saleh yang
jantan itu berposing dengan gaya gemalai.
Kelibat
Kak Elly dan juga lelaki model bidan terjun tadi mematikan gayaku.
Panahan
mata lelaki itu kepadaku meresahkan aku. Lelaki yang persis model dari Korea
itu tak sudah-sudah memerhatikan aku.
Tall,
fair and handsome. Jauh
dari lelaki pujaanku Hakim yang sememangnya menepati seleraku.
Tall,
dark and handsome seperti
kata Khairy Jamaluddin itu. Hakim ibarat lelaki Melayu terakhir bagiku.
“Hurm.
Nak posing macam mana ni?” Tanya lelaki itu. Nampaknya dia juga seperti
aku, tidak pernah melakukan tugas ini.
Dia
menapak dekat padaku. Aku mengundur. Gugup. Jantungku berdegup kencang. Aku
kira kalau jantungku ini boleh melompat keluar. Tentu saja dia melompat keluar
memecut laju.
Dada
kupegang menahan debar.
Lelaki
itu memandang aku dengan senyuman nipis.
Abang
Saleh mengarahkan aku supaya duduk di kerusi tadi. Manakala lelaki itu berdiri
di sebelahku. Aku yang sedang berdebar menarik senyum kek okey menghala ke arah
kamera. Terasa bibirku bergetar kerana berdebar berdekatan dengan lelaki itu.
Sudah lama aku tidak serapat ini dengan mana-mana lelaki. Sejak ayah sudah
tidak berani menyentuhku lagi selepas kejadian di bilik air itu.
Abang
Saleh mengarahkan aku berdiri pula. Berhadapan dengan lelaki itu. Perlahan
lelaki itu meraih pinggangku. Serta-merta aku menolak dirinya. Tubuhku
menggigil. Sentuhan lelaki itu mengingatkan aku pada sentuhan dan perbuatan
ayah. Aku terduduk di kerusi sambil menutup telinga sambil menggelengkan
kepala.
Tidak!
Tidak... ayah jangan ganggu Yana. Yana tak mahu...
Air
mataku hampir menitis. Hanya gelengan namun tiada suara meletus dari bibirku.
Lelaki
itu tergamam. Dia kaku berdiri di depanku.
“Yana...
Yana okey?” Kak Elly meluru mendapatkan aku.
Suara Kak
Elly mengembalikan aku ke alam nyata.
“Huh?”
Aku memanggung kepala. Bayang ayah menghilang. Aku memerhati sekeliling. Aku
berada di butik Kak Elly...
“Yana okey ke tak ni?” Kak Elly menyoal lagi.
“O...okey.
Yana okey. Yana terkejut saja tadi. Nervous kut...” Aku tersenyum kelat.
Aku tak mahu Kak Elly bertanya lebih. Sejarah silamku biar dipendam sendiri.
Tidak sesekali diceritakan pada sesiapa pun. Biarlah aib ini aku bawa sampai
mati.
“Sorrylah
you. Dia ni sama macam you. Model bidan terjun. First time buat photoshoot
ni.” Kak Elly meminta maaf kepada lelaki itu.
Lelaki
itu mencangkung di hadapanku. Dia melemparkan senyuman manis kepadaku.
“Nama
siapa?” Tanya dia. Aku tersentak. Langsung memandang ke wajahnya.
“Aryana,”
balasku perlahan. Dia kulihat masih lagi tersenyum.
“Arya gementar ya? Mari sini saya ajarkan cara
supaya hilang gemuruh.” Dia sudah pun bangun berdiri. Tangannya dihulurkan
padaku...
Arya? Dia
panggil aku Arya? Peliknya.
Aku
teragak-agak. Namun, akhirnya kusambut jua huluran tangannya.
Kami
sama-sama berdiri.
“Okey, sekarang close your eyes. Tarik
nafas and lepaskan perlahan.”
Dia
menunjukkan cara bernafas. Aku memejamkan mata. Menarik nafas dan melepaskannya
perlahan.
“Sekarang,
bayangkan Arya berada di satu tempat yang Arya suka. Yang boleh membahagiakan
Arya...”
Aku
terdengar suaranya yang lembut menyuruh aku membayangkan sesuatu yang indah.
Langsung aku terbayangkan padang bunga lavender seperti dalam wayang hindustan.
Aku berlari-lari di situ. Bahagia... bahagia kalau aku dapat berbuat begitu.
Bahagia bila aku dapat lari derita yang kulalui. Serta-merta senyumanku
tertarik sendiri.
“Sekarang
buka mata.”
Suaranya
yang lembut menyapa kembali.
Aku
membukakan mata perlahan-lahan. Terpamer wajah kacaknya yang sedang tersenyum
di hadapanku.
“Lega? Tak gementar dah kan?”
Aku
mengangguk kemudian aku gelengkan pula. Aih? Dia tertawa kecil melihat
gelagatku. Aku terpana melihat senyumannya yang menawan.
“Okey...
Kalau dah okey, kita sambung. Boleh saya pegang sikit? Saya tak pegang
lebih-lebih. Jangan risau.”
Aku
menunduk. Mengangguk perlahan. Dia meraih bahuku, dipalingkan ke arah kamera.
Sedar tak
sedar pelbagai gaya kami gayakan. Abang Saleh dan Kak Elly tersenyum ceria.
“Terima
kasih Aydan. Berapa I kena bayar you ni?” Soal Kak Elly usai selesai semuanya.
“It’s
okay. Tak payahlah. I ikhlas tolong you.” Aydan menolak. Hakikatnya dia
menerima cadangan Elly itu kerana terpaut pada model perempuan itu. Cantik...
tetapi bagai ada satu misteri pada gadis itu.
“You
ni... segan I. Sudahlah I main cekup je you jadi model I, tak nak upah pulak.
Betul ni tak nak?”
Aydan
mengangguk kecil. Matanya diarahkan kepada Aryana.
Aku
mengalihkan pandangan. Berpura-pura membelek pakaian pengantin yang tersangkut
di situ.
Tiba-tiba
nada dering dari telefon pintar lelaki itu berbunyi.
“Ya...
ya... I datang la ni. You tunggu situ.”
Dia
menjawab panggilan.
“Okey, I minta diri dulu.” Itu saja alasannya.
Dia berjabat tangan dengan Kak Elly dan juga Abang Saleh.
“Arya...
kalau nervous, ingat apa saya ajar ya. Bye.”
“Huh!”
Aku tersentak. Tak menyangka dia menegur. Laju aku mengangguk. Dia tersenyum
sebelum berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment