BAB 10
“Kau ni aku tengok relaks je. Kau dah
hafal belum lafaz nikah? Malam tadi dahlah berapa kali kau round. Gila
kau boleh steady lagi. Kalau aku mahu pengsan.”
Danial
memerhatikan sahabatnya yang segak berbaju Melayu putih dengan samping tersemat
elok di tubuh sasa itu. Tampak segar. Entah dari mana lelaki itu mendapat
tenaganya. Sedangkan malam tadi mereka berparti hampir ke subuh hari.
“Alah...
Kacang je semua tu. Ini Hakimlah. Kau tak payah risau.” Dia menjawab sambil
lewa. Songkok dicapai lalu disarung ke kepala.
Dia
langsung tidak menghafal lafaz nikah. Baginya semua itu mudah. Ini Hakim!
Masakan perkara seperti itu tidak dapat dilakukannya.
“Dah,
jom,” ajaknya.
AKU semakin gelisah. Masuk ni sudah
kali ke enam Hakim cuba melafazkan kabul. Tidak juga lepas-lepas.
Aku
semakin gemuruh. Peluh dingin mula merembes di seluruh badanku. Aku pandang emak, along, angah dan adik. Emak
mengusap perlahan tanganku yang sejuk beku. Aku pejamkan mata...
Arya...
tarik nafas... lepas... lepas tu bayangkan yang indah-indah.
Aku
terkenang momen indah bersama lelaki kacak itu.
Mata
kubuka perlahan dan bertembung dengan anak mata Hakim. Kelihatan wajahnya yang
tegang. Aku lemparkan senyuman manis. Lalu kuajar dia cara bernafas dari jauh.
Dia kulihat menarik nafas dan melepasnya perlahan.
“Aku
terima nikah Aryana Binti Azmi dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”
Akhirnya buat kali ke tujuh barulah lancar lafaz kabul daripada Hakim. Dia
tersenyum lega.
“Thanks
sayang tolong abang tadi,” kata Hakim usai selesai semuanya.
“Tak ada
apalah. Ada kawan ajar. Katanya, kalau gemuruh... tarik nafas dan lepaskan
perlahan. Lepas tu bayangkan yang indah-indah.”
Yang
peliknya mengapa aku berdebar bila teringatkan lelaki itu. Itu pun di hari
pernikahanku.
Hish...
ingat Yana! Kau dah jadi isteri orang. Tak baik fikir lelaki lain!
“Malam ni
ikut abang tidur hotel ya.”
“Huh?”
Aku terkejut. Serta-merta badanku menggigil memikirkan sebarang kemungkinan
yang bakal berlaku.
“Kenapa
ni sayang? Pucat semacam je.” Hakim menggenggam tanganku. Dahiku dicium
sekilas.
“Tak...
tak ada apa,” jawabku gugup. Langsung membahang wajahku. Gugup kerana upacara
batal air sembahyang tadi pun masih belum habis kesannya lagi. Ditambah pula
sikap romantis Hakim di khalayak ramai ini.
“Wooo!
Lek lu... tunggu malam ar bro.” Danial muncul dengan sengihan.
“Biarlah.
Orang ada bini kut. Bukan macam kau.” Hakim membidas selamba.
“Aku ada
bini ke tak ada, sama je. Macam kau tak biasa.” Danial ketawa kecil. ‘Aksen
pulak kau ya, Hakim. Rahsia kau semua dalam tangan akulah’.
Aku lihat
Yani duduk di hujung kanopi, hanya memerhati aku dari jauh. Entah kenapa sejak
aku bertunang dengan Hakim. Hubungan aku dan Yani semakin jauh. Yani
seolah-olah menjauhkan diri dari aku.
“Abang...
Yana nak jumpa kawan kejap ya. Abang borak la dengan Danial dan kawan-kawan
abang.”
Hakim
hanya mengangguk. Aku menapak ke arah Yani.
“Yani,
kau kenapa duduk sini? Tak masuk dalam, kakak-kakak aku semua ada.”
Yani
memandang kosong ke mataku. Lain sangat Yani yang ini. Bukan macam Yani yang
selalu kepoh. Cuma Yani cantik berbaju kurung hari ini.
Yani
menghela nafas. Dia membuang pandang ke sisi.
“Yana.
Aku lepas ni ke KL. Cari bapa aku. Mungkin lepas ni payah aku nak jumpa kau
lagi. Aku harap kau bahagia, Yana. Aku harap sangat. Kau jaga diri kau ya.”
Nada Yani kedengaran sedih dan pilu.
Aku
semakin keliru. Kenapa semua suruh aku jaga diri? Kan aku ada Hakim sekarang
untuk jaga aku.
“Kenapa
kau tiba-tiba je nak cari ayah kau. Kau nak kahwin eh?”
Yani
senyum nipis. Kemudian dia berlalu pergi. Aku memandang sayu langkahnya. Yani,
sahabat aku dari kecil. Yang selalu melindungi aku... tentu saja aku sedih bila
dia pergi meninggalkan aku.
“Yani
cakap apa?” Tiba-tiba Hakim muncul dari belakang.
“Hurmm.
Dia nak ke KL. Cari ayah dia. Yana sedih. Nanti dah tak ada dia nak teman Yana
di Penang.” Wajahku sudah bertukar mendung.
Kalau
Yani ada di Penang, sekurang-kurangnya aku masih boleh berjumpa dengan dia.
“Abang
kan ada teman Yana.” Hakim memaut bahuku. Hakim memang lelaki bermulut manis.
Malam
itu, sebelum Hakim membawa aku ke hotel...
“Mak, tak
boleh ke alang dengan Abang Hakim tidur sini?” Rengekku. Aku baru nak lepaskan rindu
pada along, angah dan adik, dah kena ikut suami. Hakim tak mahu bermalam di
bilik pengantin yang Kak Elly siapkan. Membazir saja hasil penat lelah Kak
Elly.
“Alang
jangan macam ni. Alang sekarang dah jadi isteri orang. Alang kena ikut suami.
Mak faham, Hakim tak selesa bermalam di rumah kita. Alang jaga diri ya. Mak
sayang alang. Mak sayang semua anak-anak mak,” ujar emak lembut.
Emak
mengusap pipiku. Entah kenapa air mataku mengalir. Inilah kali pertama emak
meluahkan kata-kata kasih sayang emak dengan penuh kelembutan.
“Alang
pun sayang mak.” Aku raih emak ke dalam pelukan. Ada air yang bergenang di
tubir mata tua emak. Emak menangis. Pertama kali jua aku melihat emak menangis.
Selama ini semuanya emak pendam seorang di sebalik wajah garangnya. Tidak
pernah kami anak-anaknya melihat emak menangis. Yang ada hanya wajah bengisnya.
Along,
angah dan adik turut sama berpelukan secara jemaah bersama aku dan emak. Ala...
bikin syahdu saja mereka ini. Aku nak tidur hotel saja kut. Aku pandang
sekeliling rumah.
Ayah
entah ke mana. Amri kali terakhir aku jumpa malam tadi ketika dia curi-curi
minta duit di pintu dapur. Keadaannya kusut masai dan cengkung. Aku melambai
mereka dari dalam kereta. Entah kenapa hatiku berdetak pilu.
Sampai
sahaja di bilik hotel. Hakim terus mencempung aku. Menggigil terus tubuhku. Aku
memejamkan mata. Bayangan kisah silamku kembali menerpa.
“Kenapa
ni sayang?” Suara lembut Hakim menyapa. Dia membaringkan aku di katil.
Aku buka
mata perlahan-lahan. Terpamer wajah Hakim yang tersenyum manis.
“Abang
dah lama idamkan bibir sayang. Tubuh sayang. Abang minta maaf, jarang jumpa
sayang waktu kita bertunang. Fasal abang takut abang tak dapat kawal diri abang
bila jumpa sayang. Abang nak kita lakukan bila kita dah halal.”
Aku
menelan liur. Bagaimana andai Hakim sedar yang aku sudah tiada dara? Peluh mula
membasahi dahiku. Alasan apa yang boleh kuberi?
Lari?
Hakim telah pun menindih aku dengan tangannya mengadang kiri dan kananku.
Membuat aku tersekat di bawah dada sasanya. Perlahan bibirnya mendarat ke
bibirku. Aku masih lagi terkaku bagaikan patung.
Namun
Hakim pandai memainkan peranannya sebagai lelaki. Dia membelai aku hingga aku
lemah dan turut terleka. Belaiannya... sentuhannya... ciumannya... Cukup
berbeza daripada ayah. Hakim cukup lembut dalam permainannya.
Dia
bukakan bajuku... sehingga tubuhku tiada seurat benang. Begitu juga dengan
dirinya. Aku tertunduk malu.
“Abang...”
Aku mula merengek bila Hakim memulakan langkah seterusnya. Sudah lama aku
nantikan semua ini. Sedikit sebanyak apa yang ayah lakukan dulu padaku membuat
aku ketagih. Bertahun aku mengawal diri.
Hakim
tersenyum sinis bila melihat aku sudah menyerah.
“Abang
mulakan ya sayang. Tahan sikit tau. Abang akan lakukan dengan lembut,” bisiknya
romantis.
Saat dia
mula beraksi, aku lihat wajah Hakim berubah. Tegang dan bengis.
“Siapa
rasmi kau dulu?” Soalnya kasar. Tiada lagi nada romantis seperti tadi.
“Ya...
Yana tak faham,” jawabku tergagap-gagap. Dia pasti tahu dia bukan lelaki
pertama yang menyentuhku.
Rambutku
ditarik ke belakang. Sakit...
“Kau
jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa
yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak
sanggup? Cakap!” Dia mula menjerkah. Terenjut bahuku akibat jerkahannya tepat
di wajahku. Serta-merta air mataku merembes.
“Tak...
Yana tak buat abang macam tu...tak,” nafiku. Air mata mengalir laju. Perkara
yang kutakuti terjadi juga. Aku cuba bangun. Meligas ingin lepaskan diri. Namun
tanganku dikunci dengan erat dan kuat.
“Kau nak
ke mana? Kau nak sangat kan tadi. Baiklah aku bagi. Aku akan bagi sampai kau
tak berani nak fikirkan tentang seks. Perempuan jalang!”
Satu
tamparan hinggap di mukaku hingga mengalir darah di pinggir bibirku.
Kemudian
Hakim mula ganas dalam aksinya. Sumpah. Tiada lagi nikmat yang kurasa. Kalau
ayah kejam. Hakim berkali ganda kejam. Raungan aku bergema di segenap ruang
bilik hotel itu… Hakim memperlakukan aku bagaikan binatang. Hinggalah
pandanganku mula berbalam dan bertukar gelap.
No comments:
Post a Comment