Friday, 13 March 2020

BIG BOSS, I NEED YOU! - Bab 1






BAB 1




Gambar yang terpapar di skrin itu menarik minatnya. Terjungkit senyum dibibir tanpa sedar.
"Cantik?" tanya lelaki tua dihadapannya. Si dia angguk.
"Not bad."
"Kamu mahu bernikah dengan dia?" 
"Maksudnya?" Terangkat kening si dia apabila mendengar pertanyaan itu.
"Begini, kamu ingat tentang adik atuk yang dah lama hilang dulu? Atuk dah jumpa cucu dia. Atuk mahu kamu berkahwin dengan cucu perempuan adik atuk itu. Atuk mahu tebus salah keluarga atuk pada pada mereka. Kehidupan mereka susah selama ini." 
Sayu suara datuknya itu di pendengarannya. Nafas dihela. Diletak tab itu ke meja. Berat apa yang diminta datuknya itu. Perlukah sampai bernikah dengan gadis itu?
Lagipun tiada apa yang istimewa tentang gadis itu. Cuma sekadar cantik di matanya. Malah gadis itu masih terlalu muda untuknya pula.
Wajah tua datuknya dipandang lagi. Jasa datuk terlalu besar. Hanya lelaki tua itu yang menyokongnya selama ini hingga dia berada ke tahap ini. Mempercayainya sebagai waris lelaki itu.
"Baiklah. Anything for you atuk." Senyum merekah dibibirnya. Tidak perlu memikir lama. Demi datuknya, dia sanggup lakukan apa saja permintaan lelaki tua itu.
"Kamu memang cucu yang baik. Kamu tengok maklumat yang orang atuk cari itu. Kamu cari dia. Ajak dia kahwin." Lebar senyuman atuk.
Terangkat lagi kening si dia. Hailah atuk! Macam mudah saja mengajak orang bernikah. Buatnya si gadis menolak, tak ke haru?
Dagu digaru. Tetapi gadis zaman sekarang. Bukankah mudah dibeli dengan wang ringgit? Sinis senyuman terukir selepas itu. Yakin. Gadis ini mungkin sama saja seperti gadis yang dia kenali.






Marry me," ajak si lelaki tanpa perasaan. Reaksi gadis dihadapannya tercengang.
Sekejap! Ulang lagi Encik." Telapak tangan diangkat tinggi. Rasa seperti dia tersalah dengar. Awaanis harus pastikan apa yang dia dengar itu betul. Bukan hanya satu halusinasi semata-mata. Mungkin dek kepenatan maka fikirannya berfikir yang bukan-bukan.
Si lelaki tersenyum senget. Angkuh benar riak wajahnya. Seolah-olah apa yang dituturnya itu bukan sesuatu yang pelik.
Yes girl. Awak tak silap dengar. Saya ajak awak kahwin.Kali ini tangannya disilangkan ke dada. Menyatakan apa yang dia sebutkan tadi perkara betul. Wajah gadis itu ditelanjang. Bijak gadis sekarang bermain watak. Pura-pura terkejut pula!
Okey, Sekejap! Awaanis tarik nafas. Beri dia peluang untuk mencerna apa yang sedang berlaku. 
Tadi, penyelianya beritahu ada pelanggan yang ingin jumpa dengannya. Awaanis fikir mungkin dia ada buat salah. Dia masuk ke ruangan bilik VIP ini. Ada seorang lelaki kacak sedang menunggu dengan sila panggung ala-ala hero drama. Kemudian dia disuruh duduk. Tiba-tiba.. lelaki itu ajak dia berkahwin? Prank ke apa ni? Ada orang nak kenakan dia ke? Tapi siapa? Rubi? Sabrina? Suzy?

Sekejap! Ini prank je kan?Awaanis kecilkan mata memandang lelaki itu.
Lelaki itu senyum sinis dengan gelengan kecil.
Look, I dont have time to play around girl. Just say yes and we'll get it done. I'll pay you. Berapa awak mahu untuk jadi isteri saya?Terus terang si lelaki bertanya. Malas mahu  bermain-main lagi. Lagi cepat mereka berkahwin lagi bagus. Dia tidak suka buang masa.
Terangkat kening Awaanis. Okey, nampak gaya macam serius. Tapi siapakah lelaki ini? Datang dari manakah dia?
Saya rasa encik ni silap orang. Saya tak mahu jadi isteri sesiapa.Mungkin jugalah lelaki ini silap orang. Dia bukan sesiapa sehingga diajak berkahwin. Lelaki itu siap menawarkan dia wang ringgit lagi.
Hujung bibir si lelaki terjungkit lagi. Sekeping cek kosong ditolak ke arah si gadis sebagai umpan. Benda seperti itulah yang para gadis belagak mahukan.
Tulis saja berapa awak mahu. Jangan buang masa saya dan juga masa awak,” 
Melihat reaksi lelaki itu mengangkat kening.
Serta merta hati, kepala, telinga Awaanus terasa panas. Tunggu mahu meletus saja lahar yang ada. Dari riak lelaki itu seolah-olah mengatakan dia hanya perempuan yang boleh dibeli bila-bila masa saja. Tajam mata Awaanis memandang wajah belagak lelaki itu. Kecil besar saja nampak di pandangannya.
Encik ni tak faham bahasa ke? Saya kata Encik salah orang. Saya tak ada masa nak cari suami! Ingat saya ni apa?Melengking suara Awaanis. Haa.. mulalah dia nak berkurang ajar dengan pelanggan gila macam lelaki ini.
Si lelaki mula bosan mahu bermain tarik  tali dengan si gadis. Senyum ditarik sinis. Badan ditegakkan. Menyilang tangan ke dada.
Heh! Look here. Jangan nak berpura-pura. Saya kenal sangat gadis muda macam awak. Mula-mula pura-pura jual mahal. Kemudian, bila ditabur duit... terus masuk umpan!" Sinis si dia tuturkan pendapatnya itu. 
Itu dari pemerhatiannya dan pengalamannya selama ini. Tapi pengalaman sahabatnya. Hazriq.
Dia? Hei! Dia tidak punya masa untuk dibuang pada perkara yang melibatkan perempuan.  Dia bukan Hazriq yang berlagak bebas ketika mereka masih remaja dahulu.
Pandangan Awaanis semakin mengecil.
Wahh! Ini sudah lebih! Kau sekejap ya. Hina orang bukan main lagi.
Mata melirik pada air oren yang berada di atas meja. Tersungging senyum sinis dibibir Awaanis.
Helo, Mr. Kurang ajar! Segelas jus oren sudah selamat mendarat ke atas kepala lelaki itu.
Opps! Saya minta maaf encik. Saya tertumpahkan jus atas kepala encik. Sejuk tak encik? Sejuk kan? Tapi kan..Awaanis tarik senyum pura-pura. Kaki diayun mendekat. Berdiri berhadapan tubuh gagah yang sedang melekit itu. Dipandang lelaki itu dengan pandangan membunuh.
Tapi hati saya yang panas dengan awak ni. Untuk pengetahuan encik.... ya, saya memang mahal! Tak hadap pun umpan awak tu! Pergi cari perempuan lainlah encik. Ingat sini restoran cari jodoh ke? Gila!
Huh, Puas hati! Ingat dia ini macam gadis lain ke? Nampak lelaki kacak dan kaya terus masuk umpan? Tolong sikit ya. Tak hadap!
Kaki mula melangkah mahu keluar dari bilik itu. Lagi berlama bukan jus saja dia simbah. Mungkin air dalam akuarium tepi dinding itu pun diayun kepada lelaki gila itu.
 “Girl..” seru si lelaki

Kaki berhenti melangkah. Tegak saja dia pandang pintu berkonsepkan restoren Jepun itu. Tak ingin wajah lelaki itu dipandang.
Bunyi tapak kasut lelaki itu menghampirinya.
 “One fine day, your answer will be yes. Be prepare, girl.Bisik si lelaki dekat ditelinga gadis itu saat melintasi dengan gaya konon-konon macho walaupun pakaian dia bersimbah oren dan melekit.
'Euwwww! No way! ' Jerit hati Awaanis.

Adriy tersenyum senget tanpa menoleh kebelakang.
Well. I like her.





No comments:

Post a Comment

Top Commentators