Penulisan picisan yang baru merangkak dan bertatih.
~ Berangan adalah satu-satunya kuasa yang kita ada sebagai manusia dimana kita boleh menjadi apa saja.~
love, M.Mariann a.k.a Mell
Followers
Akulah Aryana
Tajuk : Akulah... Aryana Penulis : M. Mariann Harga : RM24.00 ISBN : 978-967-5289-58-3 Penerbit : Trop Publication
Sinopsis: PERKAHWINAN aturan keluarga antara aku dan Hakim bukanlah seindah yang kuimpi walaupun dialah yang kupuja dalam mimpi indahku. Siapa sangka kisah silam waktu kecilku menghantuiku hingga ke detik itu. Malam pertama yang kusangka bahagia bertukar malam paling sengsara...
"Kau jangan nak buat-buat tak faham. Kau bukan pertama yang aku tiduri! Cakap siapa yang ambil dara kau sebelum aku? Kau pergunakan aku? Kau jadikan aku pak sanggup? Cakap!" - Hakim
AYDAN, hadirnya dia memberi aku nafas baru. Di mana masih ada mentari yang sudi menyinari hidupku yang kelam. Di mana masih ada bahagia walau duka selalu menyapa. "Arya, Aryana... Izinkan saya menghapus air mata awak. Kahwin dengan saya?" - Aydan
SEGALANYA indah. Aku dan Aydan. Namun...
"Dah terlambat perempuan. Aku dah cakap jangan cari fasal dengan aku. Kalau kau jadi bini aku baik-baik dulu, kau dah senang-lenang sekarang. Tapi kau degil! Kau menyundal! Perempuan sundal tempatnya di sini!" - Hakim.
"Cinta? Happy love story hanya untuk watak dalam drama. Dalam novel. Bukan orang macam kita. This is real life sayang. Kau takkan dapat bahagia yang macam kau harap tu. Face it!" - Haryani "
Aydan, kenapa awak tak cari saya? Adakah awak sudah lupakan saya?" - Aryana.
Aku menangis sendiri di dalam bath tub itu. Sememangnya aku tidak pernah tidur di sebelah lelaki yang melangganiku. Aku jijik. Jijik dengan apa yang aku lakukan!
"Tolonglah Aryana. Saya minta sangat... Tolonglah bagi peluang untuk kita bahagia. Bagi saya peluang untuk saya bahagiakan awak." - AydanMASIH layakkah aku yang hina ini untuk lelaki sebaik dia? Masih layakkah aku peroleh bahagia? Dan masih adakah cinta lagi setelah hidupku musnah akibat lelaki durjana dan cinta yang memeritkan?
Tajuk : Chinta untuk Ali Penulis : M. Mariann Harga : RM25.00 ISBN : 978-967-5289-69-9 Penerbit : Trop Publication
Blurb :
KATA Ali, dia cintakan Uya sejak dari darjah satu. Disakatnya gadis kecil itu sesuka hatinya.
"Chintaku.. Janganlah marah. Abang Ali nak buat kubu ni. Kubu cinta kita. Hehe. Nanti Abang Ali letak la balik. Chinta jangan marah na?" - Ali "Chinta kahwin dengan Ali kalau tak ada yang nak kat Ali. " - Uya
TAKDIR membawa Uya pergi jauh darinya. Namun, janji Uya tidak langsung Ali lupa. Dalam diam Ali mencari. Dalam diam Ali melindungi gadis bernama Chinta Ulwiyya itu.
“Abang nak jadi pelindung Chinta. Abang nak bagi sebesar cinta buat Chinta abang. Abang nak jadi penawar luka di hati Chinta.”
“Abang Ali memang sentiasa menjadi penawar buat Chinta. Dulu, kini dan selamanya...”
SAYANG, cinta mereka tidak direstui. Uya tersepit antara cinta dan kasih ibu yang telah lama didambanya.
“Aku nak tengok lama mana kasih sayang kamu tu boleh pergi! Boleh ke kamu hidup tenang tanpa restu aku!” - Ramona
SATU saat, kasih lelaki pertamanya direntap pergi. Uya hilang arah... Ali tertunduk rebah... Masihkah Chinta untuk Ali?
Apa yang akan kau lakukan bila 3 tahun daripada ingatan kau hilang begitu saja?
Apa yang akan kau rasa bila kebahagiaan kau bertukar duka tanpa kau mengetahui apa sebabnya?
Apa yang akan kau buat apabila mengetahui cinta kau dikhianati namun kau masih tetap utuh mencintai?
Bagi seorang Reen, Zarul itu cinta hatinya. Dari kecil sudah bersama hingga masing-masing jatuh cinta lalu ikatan perkahwinan mengikat mereka. Kebahagiaan menjadi milik mereka untuk seketika hinggalah ujian demi ujian mula melanda. Dan kemuncaknya, Reen terlibat dalam kemalangan yang membuatkan sebahagian daripada ingatannya hilang.
"Saya cuba nak ingat semula memori saya yang hilang." - Reen
"Reen. Please jangan paksa diri you. I risau you sakit."- Zarul
"Tapi saya nak tahu..." - Reen
Sejak kemalangan yang menimpa dirinya, Reen dapat merasakan hubungannya dengan Zarul tidak lagi seperti dahulu. Banyak persoalan yang timbul dan jawapannya ada dalam cebisan memorinya yang hilang.
"Please Zarul. Ceritakan dengan saya. Saya keliru bila awak dingin dengan saya. Awak layan saya seperti orang asing. Saya seperti tidak kenali awak lagi..." - Reen
"Reen... Please don't cry. Bukan sekarang. Nanti bila you dah betul-betul sihat kita bincang ya." - Zarul
Kedinginan Zarul membimbangkan Reen. Keengganan Zarul berkongsi kisah yang hilang itu mengelirukan Reen.
Sudah hilangkah cinta suaminya itu? Apakah sebenarnya yang terjadi hingga kemesraan antara mereka bagai sudah tidak wujud lagi? Dan mengapa... suaminya seperti mengharapkan dia tidak akan ingat kembali?
Semanis Mimpi
SEMANIS MIMPI
Blurb : Nawal Nayli, cintanya pernah berputik pada sahabat sendiri. Namun sayang cintanya tak bersambut. Dia dianggap sekadar teman tapi mesra oleh Wadi. "Lily, Saya minta maaf sekali lagi. Tapi Saya perlukan ruang untuk kenali orang lain. Saya dah ada kekasih. Dia tak mahu kita terlalu rapat. Hubungan kita biar begini saja. Andai ada jodoh kita. Wadi akan jadi milik Lily juga akhirnya." - Wadi Wadi mahu dia menunggu. Tetapi untuk apa? Untuk hatinya dilukai lagi? Kehadiran Nuh Farhan, jiran tak dihadap yang juga merangkap bosnya di tempat kerja menimbulkan satu rasa aneh. Bersamanya, jantung Nayli bergendang kuat. Hati Nayli bergetar hebat. “Hukumannya jadi PA saya selamanya.” - Encik Nuh. Permintaan kasih yang dihulur Encik Nuh disambut cinta oleh Nayli. Tetapi keakraban Nayli dan Nuh tidak disenangi Wadi. "Lily.. I’m sorry.. Wadi tahu Lily marahkan Wadi. Wadi tahu Wadi salah.. Maafkan Wadi, Lily.. Semalaman Wadi fikir kenapa Wadi sakit hati sangat bila tengok Lily dengan Encik Nuh.. Wadi cemburu. - Wadi. Saat cinta semakin mekar, pengakuan Encik Nuh yang dia ada menyimpan satu rahsia membuatkan Nayli terngadah. Adakah hatinya bakal terluka lagi? “Yup! Memang saya ada gadis yang saya suka. Dah lama dah. Lama sangat-sangat. Dulu saya suka dia. Tapi dia tak pandang pun saya. Jangan katakan pandang. Ingat pun tak.” - Encik Nuh. Antara rasa yang baru mekar dan rasa yang pernah wujud, yang manakah pemilik sekeping hatinya? Kerana kau telah mengaburi ruang hatiku..
Big boss, i need you.
TAJUK: BIG BOSS INEED YOU! PENULIS: MELL MARIANN
BLURB: “Marry me.” Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila. Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja! “Tuan Adriy!” - Awaanis “Jom.” - Adriy “Jom apa?” - Awaanis “Jumpa ayah awak.” - Adriy Adriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan! Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri. “Please help me...” “Then, will you marry me?” Demi bapanya, Awaanis terpaksa merelakan pernikahan terjadi antara mereka. Mengenali Adriy, banyak derita yang sebenarnya dipendam oleh suaminya itu. Mampukah Awaanis menyusuri jiwa sunyi lelaki itu? KAPSYEN: And love, I need you too!