Saturday, 4 May 2019

Aku & Sweet 17 Lala - Bab 1







Bab 1





"Saya rasa kita dah tak sehaluan. Jadi saya fikir kita patut.." Lelaki itu buka bicara setelah sekian lama hening antara kami. Aku geleng kecil. Aku rasa aku tahu apa yang akan dia katakan nanti. Tak boleh!


"Tak! Saya tak mahu." Aku terus bangkit menepuk meja. Tak! Aku tak mahu dengar ayat seterusnya dari dia. Aku tak boleh terima!


"Najla.." Dia lepas keluh. Ikut bangkit berdiri.


"Maafkan saya." Dia letak beberapa keping wang kertas  diatas meja sebelum berlalu pergi.


Aku pandang kepingan kertas itu. Mata aku mula berpasir. Sebak.


Tidak! Aku tak mahu duit. Aku mahukan dia. Aku mahu cinta dia semula. Kami baik-baik saja. Bukan tak sehaluan seperti yang dia kata.
Elok saja bayangnya menghilang. Baru aku tersedar. Cepat aku berlari mengejar langkah dia.


Aku nampak keretanya berlalu depan aku. Sepantas mungkin aku masuk kedalam keretaku dan kejar dia lagi.
Awak tak boleh tinggalkan saya Niqris. Tak boleh! Saya hanya ada awak. Awak saja dunia saya. Awak segala-galanya bagi saya.


Aku hentak stereng kereta bila lampu isyarat bertukar merah. Bayang kereta Niqris sudah menghilang.


Air mata aku mengalir laju turun ke lekuk pipi sebelum ada ketukan di cermin tingkap kereta aku. Seorang kanak-kanak yang comot sambil mengangkat sebuah kotak ditangannya.
Aku turunkan cermin sambil mengelap air mataku.
"Nak apa?" Kasihan pula aku tengok budak itu.


"Kakak nak coklat? Saya jual coklat." Dia tunjuk kotak coklat ditangannya.


"Berapa?" 


"Dua puluh saja kakak." Dia senyum manis.
Coklat memang kegemaran aku.
Aku ambil dan beri dia Lima puluh ringgit.


"Tak apa. Ambil saja balance tu. Buat belanja sekolah." Aku tolak bila dia mahu pulangkan baki duit.


"Terima kasih Kakak. Kakak, jangan sedih-sedih tau." Dia senyum lagi sebelum berlalu pergi.


Aku pandang kotak berisi coklat itu. Bayangan Niqris menjelma semula. Mengalir lagi airmata aku. Terus aku capai sebiji coklat yang dari dalam kotak itu dan masukkan  kemulut.


******


Pin! Pin!
Bunyi hon menganggu tidur aku. Siapa pulalah yang hon waktu-waktu sekarang ni?
Aku buka mata sebelum ianya melebar luas. Aku kat mana ni?
Perlahan aku buka pintu kereta. Macam mana aku boleh ada kat sini?


"Woi! Kau ni ni kenapa perempuan? Mabuk ke apa?"
Tiba-tiba aku kena sergah dengan seorang pakcik muka bengis.


"Hello! Tak boleh cakap elok-elok sikit ke pakcik? Saya tak pekak lagilah!" Bentak aku. Aku balas semula dengan pandangan garang.


"Pakcik kau panggil aku?" Dia dah makin berang.


"Sabar bang.. sabar. Tak baik berkasar dengan perempuan." Aku dengar seorang lelaki lain cuba menenangkan pakcik bengis itu. Dah pangkat pakcik. Aku panggil pakciklah. Takkan aku nak panggil abang. Eeiww!


"Cik.. Cik ok ke? Lama cik tidur dalam kereta tadi." Lelaki yang tenangkan pakcik itu tegur aku pula. Baru tersedar. Aku pandang kiri dan kanan. Jalan mula sesak. Aku nampak banyak bangunan tinggi. Aku kat mana ni? Berpusing-pusing rasa kepala aku sebelum mata aku menangkap skrin besar ditepi bangunan memaparkan iklan barangkali. 


2018.
Mata aku terbeliak besar. 2018?
Aku pandang semula lelaki itu. 


"Tahun ini tahun apa?"
Lelaki itu pandang aku pelik.

 "2018. Cik ok ke tak ni?"
Aku tampar pipi aku. Sakit! Mustahil. Aku tak mimpi.


"Pinjam telefon boleh?" Aku tak tahu apa jadi dengan aku. Aku harap nombor Noni wujud lagi. Gilalah semua ni.
Lelaki itu serah Telefon bimbitnya. Terkejut sekejap Aku. Handphone jenis apa ni? Nak tekan macam mana?


"Tolong dailkan boleh?" Aku minta tolong lelaki itu. Riak dia tak usah cakap. Pelik tengok aku tapi dia tolong jugak.
Elok saja panggilan berangkat. Terus aku sergah Noni.


"Noni!  Ni aku Lala. Tolong  aku. Aku tak tau apa jadi dengan aku. Kenapa aku ada dalam tahun 2018 ni?" Aku dah rasa nak menangis. Thanks god. Minah ni setia tak tukar nombor Telefon. Mengarut apa aku time travel tahun 2018 ni. Umur aku baru 17 kut tahun 2002.


"Lala? Najla? Woi. Apa kau merepek ni ha? Kau kata kau pergi jumpa Niqris tadi. Apa kata dia? Kau dah tanya kenapa dia berubah?" Lain aku tanya. Dia tanya aku balik pulak. Sekejap apa dia cakap tadi?


"Sekejap. Siapa Niqris?"


"Laki kau lah! Kau apahal?"
Aku dah kahwin? Oh tidak!!!


"Ambil aku sekarang Tauge!!" 


"Sah! Kau memang Lala. Tunggu aku kat situ. Suruh orang yang kau pinjam tu send location."
Aku serah pada lelaki itu. Suruh dia buat apa yang Noni suruh. Apa yang dah jadi pada aku? Kalau ini bukan mimpi jadi apa? Aku mula seram sejuk. Noni...Cepatlah datang. Aku takut.


****

Noni pandang aku semacam. Aku pun pandang dia semacam. Gilalah. Minah ni dah dewasa macam ni. 


"Tauge. Betul ke apa yang kau cerita ni? Aku dah kahwin?" 


"Kejap. Ke aku kena panggil kau kak Noni? Tua dah muka kau." Selamba saja aku kata begitu. Sebab dia dah 33 tahun. Maka, aku kena panggil dia kakaklah kan? Aku baru 17.


Pap! Noni ketuk kepala aku dengan novel ditangannya. Heh! Hobi baca novel dia masih sama. 


"Sakitlah bangang!" Marah aku. Sakit kut!


"Kau memang Lala. Najla takkan berani panggil aku Tauge. Dah lama dia tak panggil aku macam tu tahu tak?" Rengus Noni. Tangan dia silang ke dada. Aku terdiam. Biar betul. Padahal akulah paling kuat sakat dia.


"Kau dah kahwin dengan Niqris. Kau kenal dia tiga bulan je lepas tu korang kahwin. Korang kahwin masa kau masih dalam Semester kedua. Kemudian kau berhenti belajar. Nak jadi isteri solehah kata kau. Solehah lah sangat sampai laki buat perangai pun tak sedar. Aku ingat dah lebih 10 tahun kot korang kahwin." Noni beritahu aku. Terbeliak mata aku dengar. Biar betul? 10 tahun? Setianya aku!
Aku bangkit berdiri tepuk meja. 


"Apa aku dah buat ni? Aku patut sambung belajar sampai master. Kau tahu kan cita-cita aku? Mustahil!" Aku dah bengang. Apahal bila aku dah dewasa pathetic sangat macam ni? Jadi isteri solehah? Laki buat perangai pulak tu. Puih! 


"Ish! Kau ni. Lama aku tak nampak perangai buruk kau ni tahu tak! Dah-dah sekarang kita fikir kenapa kau jadi macam ni. Last kau sedar kat mana?" Noni malas layan marah aku. Tapi ya tak ya jugak. Takkan aku hilang ingatan kut?


"Kat kereta. Sedar-sedar je aku dok tengah jalan kat lampu isyarat." Noni angguk-angguk kemudian dia petik jari.


"Ok. Aku tahu nak buat apa. Kalau orang hilang ingatan selalu berkaitan dengan otak kan? Jom! Ikut aku." Dia tarik tangan aku keluar dari restoran berdekatan tempat aku hilang ingatan tadi.


"Kau nak buat apa weyh? Jangan kata kau nak ketuk kepala aku. Aku taknak!" Meronta aku. Ingat aku tak tahu apa dia nak buat!

***

"Satu."

"Dua."

"Tiga!"

"Cukup! Cukup! Aku dah peninglah wey!" Termengah-mengah aku dalam kereta. Si Noni punya kerjalah ni. Dia bawa kereta laju-laju kemudian berhenti mengejut. Konon-konon itu cara aku ingat semula. Sebab aku hilang ingatan masa dalam kereta. Entah bagaimana dia boleh terfikir begitu.

Masalahnya aku tak ingat apa-apa. Yang aku tahu umur aku masih 17 tahun.  Bukan 33 tahun!

"Ok-ok. Kita balik dulu." Noni akhirnya mengalah. Sepanjang perjalanan mata aku tak berkerdip melihat kemajuan zaman ini. Lagi dua tahun nak 2020. Mana dia kereta terbang? Heh!

Anak mataku menangkap satu perkataan di dinding bangunan besar itu. MALL. Bersinar-sinar terus mata aku.

Aku seluk bag tangan aku.  Maksud aku bag tangan Najla dewasa. Bibir aku mengukir senyum jahat.

"Berhenti sini Noni. Aku nak beli barang." Aku suruh Noni berhenti di pusat beli belah itu. Noni pandang aku pelik tapi dia ikutkan juga permintaan aku.

***

Noni geleng kepala tengok aku atas bawah.

"Kenapa?" Aku angkat kening.

"Kau memang dah gila." Noni dah tak mampu kata apa.

"Cantik kan wig aku? Ikutkan aku nak je potong rambut ni. Tapi karang kalau aku dah ingat semula. Meraung pulak diri aku yang dewasa tu. Entah apa-apa punya style." Aku belek rambut palsu yang aku pakai. Jenis Bob. Macam Victoria Beckham. Aku bebel sendiri.
Patutlah laki dah jemu. Bila aku tengok penampilan 'Najla'. Urghh! Sangat mendatar. Suram.

"Jomlah balik. Kau tak tengok lagi kan rumah kau." Noni ajak aku balik. Aku ikut saja. Aku pun dah penat.
Tapi bagaimana agaknya rumah aku? Mesti besar kan?

***

Bukan aku nak cakap. Kondo mewah ni memang lawa walaupun bukan selera aku. Aku capai air jus Oren dari dalam peti ais. Canggih peti ais ni. Rasa macam mimpi pulak aku dapat hidup semewah ini. Tapi itulah, setakat hidup suami tanggung. Apa saja pencapaian aku?

"Nanti kalau Niqris balik. Kau jangan nak buat perangai. Niqris tu bukan boleh jangka. Hati dia dah tawar dengan kau. Kau jangan nak bagi dia tinggalkan kau terus pulak." Noni beri pesan pada aku. Risau sangat aku buat perangai. Handsome sangat ke Niqris tu? Baik sangat ke? Sampai semua pun takut dia tinggalkan aku?

"Bagus sangat ke lelaki tu sampai 'Najla' tak boleh hidup tanpa dia?" Nak juga aku tahu. Aku duduk di kerusi meja bar itu.

"Macammana nak cakap eh? Niqris tu bagus sebenarnya. Dia sayangkan kau. Apa kau nak semua dia bagi. Cuma satu je dia taknak. Dia taknak anak. Tapi kau pulak asyik mendesak sejak akhir-akhir ni sebab tak tahan kena perli dengan family dia. Entahlah aku kau orang ni. " Noni lepas keluh. Ikut melabuh duduk dihadapan aku.
Macam teruk sangat saja kehidupan aku. Oh Najla. Kenapa kau jadi begini? Seingat aku, aku ni seorang yang bercita-cita tinggi. Aku nak jadi pelukis terkenal. Mahu ada geleri aku sendiri.

Bunyi keriukan pintu dibuka buat aku dan Noni berpaling ke muka pintu.

"Suami kau dah balik." Noni bisik pada aku. Tak lama lepas itu muncul seorang lelaki dihadapan kami.

Wow! Kacak! Smart. Suami aku ke tu?

Dia menghampiri kami. Pandang aku dengan pelik.

"Awak buat rambut?" Eh! Dia perasan perubahan aku.

"Kenapa? Awak tak suka?" Sengaja aku nak uji dia. Lelaki jenis apa pakcik ni.

Dia cuma senyum nipis. Kemudian ambil duduk dihadapan aku selepas Noni bangun pura-pura cari barang dekat rak tepi dinding. Entah apa dia cari kat rumah orang.

Lihat wajah acah-acah tenang lelaki itu buat aku panas hati. Noni cakap pakcik ni dah tawar hati dengan Najla. Nak tinggalkan Najla. Heh! Dia ingat aku hadap sangat dengan dia?

***


No comments:

Post a Comment

Top Commentators