Friday, 11 August 2017

LAKARAN HATI - Part 8




Bab mengarut. Hahaha.

LAKARAN HATI

Part 8

#SaniaMirdad

Sania mengerutkan dahi bila telinganya menangkap bunyi tingkap biliknya bagai dibaling sesuatu. Dia yang sedang membaca terhenti dari bacaannya.

Tap! Sekali lagi bunyi tingkap biliknya dibaling batu. Sania bangun menuju ke sliding door di tepi balkoni biliknya.

Matanya mengecil dan kemudiannya membesar kembali bila melihat Mirdad sedang mengutip batu untuk membaling ke arah biliknya.

Apa yang dia buat ni? Sania mendecit melihat perlakuan Mirdad yang tidak masuk akal itu.

Mirdad baru mahu melontar batu bila melihat Sania sedang berpeluk tubuh mencerlung tajam padanya. Langsung liur ditelan kesat.

Mata meliar kiri dan kanan. Kepala didongak kembali pada Sania yang sedang berdiri tegak dengan tangan disilang ke dada itu.

“Turunlah!” Panggil Mirdad tanpa mengeluarkan suara.
Sania menggelengkan kepala.

“Pergi!” Sania buat gaya menghalau. Mirdad mendecit geram. Pantas Iphone dikocek dikeluarkan.

+Turun sekarang. Kita tak habis cakap lagi.

Sania mengambil Iphonenya pula yang berada di atas meja di sisi katil.

-Kita dah habis cakap. pergi. Nanti daddy nampak.

Mirdad mengetap bibir membaca balasan dari Sania itu.

+ Taknak turun. Abang naik.

Ugut Mirdad. Sania mencebik menyampah. Entah kenapa dengan lelaki itu. Dah macam orang gila talak pun ada.

-Eleh. Macam berani. Nia nak tidur. Jangan ganggu Nia!

Sania berlalu kembali ke balkoni biliknya. Mirdad masih berdiri disitu dengan merenung tajam ke arah biliknya.

Sania dengan selamba menutup sliding door dan juga langsir.

Mirdad mendecit geram.

Sania menghela nafas sebaik berbaring ke tilam.

Kahwin? Semudah itu Mirdad mengajaknya berkahwin tanpa cinta. Sayang? Sayang sebagai apa? Adik? Wajarkah seorang abang berkahwin dengan adiknya? Tahukah Mirdad yang Sania tidak pernah menganggap Mirdad sebagai abang.

Mirdad pujaan hatinya sejak dia mula mengenal erti cinta. Dia tahu dari awal tentang isi hatinya. Dia sayangkan Mirdad melebihi sayang adik pada abangnya.

Cuma, dia takut untuk mengakui perasaannya. Bimbang hubungannya dengan Mirdad bakal jadi begini lah. Kalau dulu memang Sania berharap akan ada walau secebis kasih untuknya. Tapi sejak Mirdad mengakui pada wartawan tempoh hari yang dia harapkan ada lelaki lain yang mengahwini Sania. Sania sudah putus harapan.

Pedih hatinya bila Mirdad langsung tidak nampak usahanya memikat Mirdad.
Klik! Sania terdengar pintu biliknya dibuka dan ditutup kembali.

“Abang!” Hampir terjerit Sania melihat Mirdad muncul sambil menutup pintu biliknya.

“Sssyy.. Janganlah kuat sangat.” Mirdad menekap jari telunjuk ke bibir. Langkah dibawa mendekati Sania.

Sania bingkas bangun.
“Abang buat apa ni? Berani betul abang masuk bilik Nia.” Sania mengetap bibir. Nada suaranya diperlahankan sedikit.

“Dah Nia yang cabar abang. “ Balas Mirdad ikut berbisik.

“Abang nak apa lagi? Kalau daddy tahu mati abang tahu tak?” Nafas Sania sudah turun naik akibat marah dengan lelaki dihadapannya itu.

“Abang sanggup mati untuk Nia. Janji Nia jangan suruh abang pergi dari Nia.” Mirdad semakin mendekat. Sania mula cuak. Langkah diundur kebelakang.

“Abang.. jangan macam ni.. Please keluarlah.” Bergetar suara Sania menahan dada Mirdad yang semakin rapat dengannya.

“Nia tahu tak abang hampir gila sebab Nia. Abang cuba lawan perasaan abang. Abang nak jadi abang yang baik pada Nia.. Tapi abang gagal.” Bisik Mirdad perlahan. Rambut Sania yang terurai itu dilurut perlahan.

Sania menelan liur. Apa maksud Mirdad sebenarnya? Rentak jantung Sania kini benar-benar bergerak laju tidak sekata.

“Adik!”
Membulat mata Sania bila mendengar namanya dipanggil seiring itu pintu diketuk dari luar.

“Daddy!” Bisik Sania cemas. Pantas dada Mirdad ditolak laju.
Tubuh Mirdad ditolak masuk ke dalam almari baju. Mirdad terdorong dek tolakan Sania.

“Wow! This is so thrill.” Bisik Mirdad. Sempat lagi dia menyakat. Akhirnya badan dilolos juga kedalam almari.

“Diam!” Marah Sania dengan nada tertahan.

“Adik! Dah tidur ke?” Laung Encik Fauzi dari luar. Sania buka pintu perlahan. Mulut dikuap sedikit pura-pura mengantuk.

“Ya daddy..” Sania lentukkan kepala ke birai pintu.

“Daddy ganggu adik tidur ye? Daddy nak keluar sekejap. Apa-apa nanti call daddy ye? Dah. Pergilah tidur.” Encik Fauzi menggosok kepala Sania lembut.

“Ok. Bye daddy. Hati-hati tau bawa kereta.” Sania tersenyum manis.

Sania cepat-cepat membuka pintu almari sebaik bayang daddynya menghilang.

“Keluar sekarang!” Arah Sania sambil menjengah ke pintu. Bimbang daddynya muncul semula.

Mirdad keluar dari situ dengan menyeringai sengih. Teruja pula main sorok-sorok begini.

Baru Mirdad ingin melangkah keluar kakinya tersadung pada kaki almari. Pantas dia memaut pinggang Sania yang berdiri membelakanginya. Sania jatuh terduduk diatas Mirdad.

Mirdad ketawa kecil. Pinggang Sania yang terduduk di atas ribanya semakin ditarik merapat ke dada sasanya.

“Nia ingat tak dulu kita selalu main nyorok-nyorok masa kita kecik-kecik. Rania lah yang selalu kena cari kita. Masa tu Nia kalau nak menyorok mesti nak ikut abang. Macam sekarang. Nia akan duduk diriba abang diam-diam dalam almari. Abang selalu membebel rimas.”

Sania terdiam bila Mirdad mula mengimbas kenangan ketika mereka kecil. Terasa helaan nafas Mirdad dilehernya namun dibiar Mirdad terus berbicara. Walaupun dadanya sudah bagai ingin meletup dengan tindakan Mirdad yang diluar jangkaan itu.

“Tapi.. Bila Nia dalam dakapan abang. Abang rasa tenang. Abang rasa bahagia.. Bila dekat dengan Nia abang selalu berperang dengan perasaan abang. Abang tahu abang salah.  Abang..” Mirdad terkelu bicara. Entah bagaimana dia harus akui perasaannya sedangkan dia sendiri tidak faham akan hatinya.

Ada satu ketika dia inginkan Sania menjadi miliknya. Ada satu ketika dia bimbang sekiranya Sania tersalah anggap akan dirinya. Sania yang selama ini menganggapnya sebagai abang. Mahukah menerima perasaannya yang begitu sayangkan Sania? Malah kadangkala Mirdad rasa sayangnya pada Sania melebihi seorang abang pada adiknya. Dia tak mahu hubungan rapat mereka selama ini hancur disebabkan perasaannya yang kian terpesong pada Sania. Lagi-lagi bila ada Rania yang begitu menyintainya. Mirdad tersepit antara mereka berdua dan akhirnya Mirdad memilih memupuk cinta buat Rania.

“ Tapi abang juga yang mahu Nia kahwin dengan lelaki lain.. Kenapa sekarang abang mahu kahwin dengan Nia? Bukankah abang juga kata yang tak ada siapa dapat ganti tempat Kak Rania?” Soal Sania perlahan. Mirdad menelan liur.

“Sebab abang fikir itu yang terbaik buat Nia. Nia terlalu baik pada abang.. Abang tak mahu rosakkan hubungan kita.”

“But now, abang dah rosakkan semuanya. Lepaskan Nia.” Pintas Sania merungkai rangkulan Mirdad. Langsung dia bangun berdiri.

Mirdad ikut berdiri. Sania melangkah laju ke arah pintu lalu dibuka luas.

"Nia.." Keluh Mirdad.

"Abang tak cintakan Nia. Abang cuma takut kehilangan Nia sebab abang dah biasa ada Nia disisi abang. Bukan sebab abang cintakan Nia. Jadi, tolong belajar hidup tanpa Nia selepas ni." Tekan Sania panjang lebar sebelum menolak tubuh Mirdad keluar dari bilik dan menutup pintu dengan rapat.

Tubuh disandar ke pintu. Sania pejamkan mata. Terlayar kembali setahun ini waktu Mirdad baru boleh bertatih berjalan kembali.

"Tak payah peluk! Abang boleh berdiri sendiri." Tepis Mirdad. Tangannya mencapai tongkat. Susah payah Mirdad berdiri sendiri.

"Biarlah Nia tolong. Kaki abang tak kuat lagi." Sania masih cuba memujuk Mirdad. Tangan dihulur masuk ke bawah ketiak Mirdad.

Mirdad mendengus kasar.
"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku taknak susahkan kau! Aku boleh buat sendiri!"

Rasa sebak mula menjentik hati Sania.
"Kalau kak Rania ada lagi tentu abang tak macam ni kan?" Bisik Sania perlahan.

Mirdad alih pandangan pada Sania. Wajah suram Sania direnung tajam.

"Ya. Memang pun. Tak ada siapa boleh gantikan dia. Sebab aku dia mati kau tau tak? Kau faham tak perasaan aku? Kenapa kau taknak salahkan aku? Kenapa?" Emosi Mirdad mula berubah. Kedua tangannya kini memaut bahu Sania. Wajahnya tunduk menekur lantai dengan air mata yang mula tumpah.

Sedalam itukah cinta abang pada Kak Rania? Tak adakah ruang itu Nia abang? Hati Sania sudah bagai terhiris sembilu.

Sania mengesat air mata.
Move on Sania!

***

"Kau betul ni Mir nak duduk sini?"

Mirdad yang sedang terbaring di sofa merenung jauh ke syiling mengangguk lemah.

Fakri menggeleng kepala melihat sahabatnya yang lesu itu.

"Kenapa kau tak tinggal kat penthouse kau? Beli mahal-mahal tapi tak duduk. Rumah teres buruk aku ni jugak kau cari." Bebel Fakri. Air Milo bujang yang dibancuhnya itu disisip menghilangkan dahaga.

Mirdad bangun duduk. Wajah Fakri dipandang dengan senyum nipis.

"Rumah tu aku beli sebelum kejadian buruk dulu tu. Dia sukakan langit. Dia nak sentuh langit katanya. Kau tau bila aku tengok dia happy. Hati aku ni ikut happy." Mirdad lepaskan keluhan.

"Tapi sekarang aku buat dia sedih. Berkali-kali aku buat dia sedih. Lagipun aku tak sanggup tinggal tempat tinggi lagi dah. Dia pun trauma dengan tempat tinggi sekarang."

Fakri mengerutkan dahi.

"Sekejap-sekejap. Are talking about who? Sania?" Pintas Fakri laju.

Mirdad kembali bantingkan badan berbaring. Langsung tidak dijawap pertanyaan Fakri.

"Aku dah kata. Kau cinta mati Kat Sania. Bro. Just admit. Apa susahnya?" Fakri menyoal lagi dengan selamba.

"Kalau aku cintakan dia pun apa gunanya? Dia bukannya cintakan aku pun. Kalau dia cintakan aku dah lama dia setuju aku ajak kahwin." Ujar Mirdad lemah.

Fakri geram saja melihat sahabatnya itu. Mahu saja dia ketuk kepala Mirdad biar bengong sebab Mirdad memang lembab.

"Bangun! Bangun sekarang bro!" Arah Fakri. Di cuit bahu Mirdad dengan kasar.

Mirdad yang pejamkan mata buka mata malas-malas.

"Kau tengok aku sekarang. Dude! Sania cintakan kau lama dulu lagi. Tapi kau ni bodoh! Asyik adik abang kau tu je. Cuba kau pakai otak kau sikit bro. Apa usaha dia selama ni masa dekat dengan kau? Damn bro. Aku yang sekali sekala jumpa dia pun tahu dia cintakan kau dari mata dia tu. Boleh tak kau jangan deny lagi perasaan sebenar kau. Kau nak tunggu dia kena sambar dengan orang baru kau nak sedar ke?" Bebel Fakri panjang lebar. Sahabatnya yang lembab itu harus disedarkan sebelum terlambat.

Mirdad terbuka mata luas. Bagaikan baru tersedar dari Lena pula.

"Be..betul dia cintakan aku?" Gugup Mirdad ingin memastikannya.

"Tak! Masalahnya sekarang ni kau cintakan dia atau tak?" Sergah Fakri.

Mirdad tersentak. Dia pejamkan mata seketika.

"Yes! Ya! Aku cintakan dia lama dulu lagi bro! Aku.. aku kena cari dia. Pinjam motor kau sekejap." Mirdad buka mata. Pantas dia mencapai kunci motorsikal berkuasa besar milik Fakri dan berlari pergi.

No comments:

Post a Comment

Top Commentators